Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 4,600 pekerja, majikan buat tuntutan pengantara

Dec 10, 2017 | 05:30 AM



LEBIH 4,600 pekerja dan majikan telah mendaftar tuntutan gaji bagi pengantaraan sejak Perikatan Tiga Pihak bagi Penyelesaian Pertikaian (TADM) ditubuhkan April lalu.



TADM telah membantu 90 peratus pekerja mendapatkan sepenuhnya gaji mereka dengan jumlah keseluruhan yang didapatkan adalah sekitar $5 juta sehingga September lalu, kata Pengurus Besar TADM, Encik Felix Ong.



Selain tuntutan gaji, TADM telah menerima isu berkaitan bukan gaji lain seperti rungutan pekerjaan (misalnya, isu berkaitan prestasi) dan pertikaian akhir pekerjaan (contohnya, isu berkaitan tamat pekerjaan).



Encik Ong berkata pengantara TADM dilatih dan dilengkapi dengan kemahiran mengendalikan proses pengantaraan, di mana mereka akan mendengar kedua-dua pihak dan menjelaskan tanggungjawab majikan serta hak pekerja.



"Kedua-dua pihak harus memberi dokumen relevan, seperti kontrak pekerjaan atau surat gaji bagi menjelaskan isu yang ditimbulkan.



"Pengantara kemudian akan membimbing majikan dan pekerja untuk mencapai penyelesaian yang adil dan secara baik," kata beliau.



Di samping penyelesaian pertikaian, TADM turut menyediakan nasihat kepada pekerja tentang isu pekerjaan dan kontraktual, yang telah memberi manfaat kepada sekitar 3,800 pekerja sehingga September lalu.



Daripada jumlah itu, 200 menerima bantuan tambahan bagi pertikaian yang tidak terangkum di bawah undang-undang pekerjaan menerusi pengantaraan sukarela dan klinik guaman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >