Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 4,600 warga S'pura dibantu MFA pulang ke tanah air sejak pandemik mula: Vivian Balakrishnan

Mar 03, 2022 | 06:47 PM



KEMENTERIAN Ehwal Luar (MFA) membantu lebih 4,600 rakyat Singapura pulang ke tanah air sejak pandemik Covid-19 bermula pada 2020, kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.



Beliau berkata lebih 300 pegawai MFA berkhidmat dengan gigih bagi rakyat Singapura di misi luar negara, dan beliau berbangga tiada pegawai meminta untuk meninggalkan jawatan mereka dek pandemik itu.



Meskipun langkah ke sihatan dan usaha terbaik dilaksana, sekitar 40 pegawai di luar negara dan lebih 150 staf tempatan yang direkrut di mi si luar negara dijangkiti Covid-19.



“Mujur, mereka telah pulih te tapi sekali lagi, ia lambang komitmen mereka dan kesediaan mereka berkorban demi Singapura dan rakyat Singapura, dan kami terhutang budi kepada mereka,” kata Dr Balakrishnan. Menteri Negara Kanan (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Luar).



Cik Sim Ann, pula berkata MFA telah meneroka inisiatif baru bagi menangani keperluan konsular yang timbul dek ke ada an Covid-19.



Contohnya, skim Lawatan Kematian dan Kecemasan Penyakit Kritikal bersama Malaysia yang dilancar Mei lalu membolehkan penduduk Singapura membuat perjalanan segera ke Malaysia untuk menziarahi ahli keluarga yang sakit tenat atau yang meninggal dunia tanpa menjalani tempoh kuarantin penuh di Malaysia.



Skim itu boleh digu nakan penduduk Malaysia bagi tujuan sama. MFA juga telah memanfaatkan media sosial dan laman mereka bagi menyediakan nasihat dan maklumat perjalanan yang dikemas kini.



Ini sedang ia menerima lebih banyak permintaan bagi nasihat dan bantuan konsular oleh rakyat Singapura di luar negara, sedang lebih banyak VTL diperkenal, dan juga oleh rakyat Singapura yang ingin pulang lepas dijangkiti Covid-19 di luar negara.



“Kami juga meneroka penggunaan teknologi bagi mempertingkat khidmat konsular kami. Ini termasuk e-Services yang baru dilancar untuk melaporkan ke hilangan pasport dan memohon Dokumen Identiti dalam talian. Ini akan membantu mengurangkan kesukaran yang dihadapi rakyat Singapura selepas hilang dokumen perjalanan di luar negara,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >