PADA 1968, Encik Abdul Karim Sitri (gambar) sedang mencari peluang pekerjaan baru apabila Anggota Parlimennya ketika itu, Encik Ong Pang Boon, memberitahu beliau tentang kerja kosong di Hospital Besar Singapura (SGH).
Encik Abdul Karim, yang sebelum itu bekerja sebagai mekanik, lalu pergi memohon kerja di hospital itu dan berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai atendan hospital.
Beliau memilih untuk melakukan kerja tersebut kerana rumahnya ketika itu terletak di kawasan Chinatown dekat dengan hospital itu dan beliau juga ingin berkhidmat dalam penjagaan kesihatan untuk membantu pesakit.
Kini, datuk berusia 74 tahun itu masih lagi bekerja sebagai atendan penjagaan kesihatan kanan di hospital itu selepas 53 tahun - menjadikan beliau antara kakitangan yang paling lama berkhidmat di hospital itu.
Baru-baru ini, SGH menyambut ulang tahunnya yang ke-200 dalam satu majlis yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat.
Encik Abdul Karim berkata beliau rasa gembira dapat memainkan peranan dalam sejarah lama hospital itu.
Laporan lanjut: