Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 50 bas Go-Ahead akan dipasang panel suria ultra tipis

Pengeluaran karbon daripada bas dijangka dikurangkan kepada 2,000 tan setahun
Jan 17, 2023 | 05:30 AM



OPERATOR bas awam Go-Ahead Singapore, akan memasang panel-panel suria amat tipis atau ultra tipis pada bumbung lebih 50 bas selepas percubaan konsep berbukti pada 2021 menunjukkan hasil positif.



Menjelang akhir April, sejumlah 52 bas berkuasa diesel akan dipasang dengan panel-panel suria setebal 1.6 milimeter (mm), dan kenderaan-kenderaan itu akan dikerah di serata 31 perkhidmatan yang diuruskan syarikat itu di sini, katanya semalam.



Bas-bas tersebut yang tidak akan kekal dengan mana-mana perkhidmatan, membentuk 11 peratus daripada 450 bas Go-Ahead Singapore, yang juga termasuk beberapa bas elektrik.



Apabila kesemua 52 bas dengan panel suria itu dikerah sepenuhnya di sini, syarikat tersebut berkata ia menjangkakan pengeluaran karbon daripada kenderaan-kenderaan tersebut dikurangkan kepada sekitar 2,000 tan setahun.



Ini sejajar dengan pengeluaran karbon tahunan bagi 43 kereta yang berpenumpang.



Secara keseluruhannya, panel-panel suria yang dipasang pada bumbung itu dianggarkan seberat kurang 20 kilogram, dan akan menghasilkan tenaga 1,000 watt, yang cukup untuk menjana kuasa kepada sebuah peralatan dapur yang kecil.



Panel-panel suria membantu menjimatkan minyak dengan mengecas bateri bas, yang biasanya bergantung kepada pengulang-alik atau alternator kenderaan itu.



Ia merujuk kepada peranti mekanik, elektrik atau elektromekanik yang menukarkan kuasa mekanik kepada kuasa elektrik dan membekalkan arus ulang-alik, alternator.



Ini kemudian akan mengurangkan beban pada enjin bas.



Bateri bas biasanya digunakan bagi menghidupkan dan memberikan kuasa kepada bas apabila enjinnya dimatikan.



Pada Mac 2021, dua bas diesel Euro 6 Man A22 telah dilengkapi dengan panel-panel suria bagi menguji sekiranya mereka lebih berkesan dalam menjana tenaga suria di bawah iklim tropika serta keadaan tropik di Singapura.



Bas-bas bagi 15 perkhidmatan itu, yang bermula dan berakhir di Pusat Tukaran Bas Pasir Ris, dan panel-panelnya juga dinilai sekiranya ia dapat berdaya tahan dengan suhu cuaca yang lebih tinggi dan rutin mencuci setiap hari.



Syarikat Go-Ahead Singapore berkata percubaan itu menunjukkan bahawa bas-bas tersebut mampu mencapai penjimatan minyak sekitar 3 peratus hingga 4 peratus setahun, yang sejajar dengan 3.7 tan sehingga 4 tan pengeluaran karbon setahun bagi setiap bas.



Ini dicapai hasil daripada ramalan operator bas itu apabila ia memulakan percubaan mereka di sini.



Ramalan itu berdasarkan data daripada percubaan yang turut berjaya semasa dijalankan di Southampton, Britain, yang menggunakan panel-panel suria lebih besar dengan kapasiti menyeluruh yang lebih tinggi.



Percubaan yang berlangsung di Singapura itu, yang sepatutnya berlangsung selama enam bulan, dilanjutkan bagi mengumpul dan menganalisis lebih banyak data, kata syarikat Go-Ahead Singapore sebagai respons kepada pertanyaan media.



Ini kerana ketidaktentuan corak perjalanan penumpang dan jumlah penumpang dalam bas semasa pandemik Covid-19 telah mempengaruhi data penggunaan minyak, kata syarikat itu.



Syarikat Go-Ahead Singapore berkata keputusan untuk memasang panel-panel suria pada lebih banyak bas timbul selepas konsultasi dengan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA). LTA memiliki kesemua aset bas di sini di bawah model kontrak bas di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >