Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 50 kes tipu kredit-untuk-seks dilaporkan dalam 16 hari pertama Mac: Polis

Mar 22, 2017 | 09:01 AM



SEKURANG-KURANGNYA terdapat 53 kes penipuan kredit-untuk-seks dilaporkan kepada polis dalam 16 hari pertama Mac, dengan mangsa kehilangan sekurang-kurangnya $304,000, menurut polis dalam satu kenyataan akhbar pada Rabu (22 Mac ).



Mangsa biasanya lelaki yang terpedaya melalui wadah media sosial seperti WeChat, Locanto dan OkCupid.



Selepas mengenali mangsa, penipu akan berkomunikasi dengan mereka melalui panggilan telefon dan pesanan dalam talian.



Langkah seterusnya ialah bertemu, tetapi penipu tidak akan muncul.



Sebaliknya, mangsa akan menerima panggilan daripada seseorang yang mengaku sebagai bos atau ejen si penipu.



Orang ini akan meyakinkan mangsa supaya membeli kad hadiah atau kredit beli-belah dalam talian seperti iTunes atau Kad Pembelian Alipay sebelum mereka boleh bertemu atau adakan janji temu dengan penipu.



Mangsa diarahkan membeli kad Alipay melalui mesin AXS atau kad hadiah iTunes daripada kedai serbaneka, sebelum memindahkan kredit kepada akaun e-mel penipu. Pembelian tambahan sering dipaksa ke atas mangsa, yang kadang-kadang diancam jika mereka enggan mematuhi.



Kebanyakan penipu menggunakan nama Cina dan menyasarkan mangsa yang bertutur bahasa Mandarin, tetapi baru-baru ini beberapa penipu menggunakan nama-nama Inggeris.



Polis sebelum ini berkata, terdapat 779 kes penipuan kredit-untuk-seks tahun lepas - merosot 33.8 per daripada 1,177 kes pada 2015.



Orang ramai dinasihatkan supaya menghubungi talian hotline polis di 1800-255-0000 jika ada maklumat mengenai penipuan itu, atau putar 999 jika perlukan bantuan polis segera.



Pihak polis juga menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga berikut untuk mengelakkan menjadi mangsa penipuan itu:



- Berwaspada terhadap orang yang tidak dikenali yang cuba berbaik-baik dalam talian, seperti melalui wadah pesanan sosial.



- Jangan berikan butir peribadi jika berhubung dengan pengguna lain dalam talian.



- Jangan berkongsi resit pembayaran anda, e-mel atau kad pembelian yang mengandungi butir-butir seperti nombor PIN yang boleh digunakan untuk menebus kredit dalam talian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >