Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 50 murid, guru Sekolah Rendah Punggol sakit perut, cirit-birit di kem; sekolah, pihak berkuasa sedang siasat

Aug 31, 2019 | 03:30 PM



Lebih 50 murid dan guru dari Sekolah Rendah Punggol berkata mereka sakit perut dan mengalami cirit-birit semasa menyertai kem sekolah.



Kem itu, yang diadakan di Dairy Farm Outdoor Adventure Learning Centre - yang diuruskan oleh Kementerian Pendidikan (MOE) - dihentikan lebih awal daripada yang dijangka.



Menjawab pertanyaan The Straits Times, pengetua sekolah Hanafi Asmore berkata tiga pelajar melaporkan simtom itu pada Khamis (29 Ogos) - malam pertama kem yang sepatutnya berlangsung selama tiga hari itu.



Kata Encik Hanafi: Dalam kalangan pelajar yang terjejas itu, 31 berkata mereka boleh meneruskan kem dan lagi 15 murid dihantar pulang.”



Pada sebelah malam Jumaat, sekolah itu memutuskan untuk membatalkan kem itu demi kesejahteraan murid,” kata Encik Hanafi.



Sebahagian murid juga muntah-muntah.



Encik Hanafi berkata sekolah itu sedang bekerjasama dengan agensi pemerintah untuk mengenal pasti punca insiden itu. Ibu bapa murid yang terjejas juga dinasihatkan untuk memantau keadaan anak-anak mereka.



Difahami, peserta kem diberitahu supaya membawa sudu dan garfu, kotak makanan dan cawan untuk digunakan pada waktu makan.



Makanan dihidangkan secara buffet.



Seorang murid berkata selepas sebahagian daripada mereka jatuh sakit, peserta kem diberi makanan yang dibeli dari luar kem itu.



Sekitar lima bas murid dilihat di luar sekolah pada Jumaat. 



Ibu bapa dan murid yang diwawancara The Straits Times berkata sekitar 200 murid menghadiri kem itu.



* Artikel ini telah disemak bagi menambah ketepatannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >