Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 500 gerai makan mula amal sistem e-bayaran bersepadu

Jun 30, 2019 | 05:30 AM



BAGI memudahkan pelaksanaan urus niaga tanpa wang tunai antara peniaga dengan pelanggan, lebih daripada 500 gerai makanan di Singapura mula mengamalkan sistem e-bayaran bersepadu.



Langkah yang sejajar dengan usaha Negara Bijak pemerintah itu menyaksikan 22 kedai kopi, 10 pusat penjaja dan 12 kantin perindustrian mengamalkan kaedah ini.



Antara pusat penjaja yang tersenarai termasuk Pusat Makanan Maxwell, Pusat Penjaja Jurong West dan Pusat Penjaja Pasir Ris Central. Sementara itu, cawangan Mr Teh Tarik di Bedok North, Jurong West dan Ang Mo Kio kini turut menawarkan sistem e-bayaran bersepadu itu.



Senarai penuh boleh didapati di laman http://www.epaysg.com.



Pelanggan dapat menggunakan 23 skim pembayaran yang termasuk kad pengangkutan dan kad konsesi EZ-link, Nets FlashPay serta platform e-bayaran seperti GrabPay atau DBS PayLah! dengan hanya menerusi satu alat bayaran elektronik.



NETS telah dilantik oleh Enterprise Singapore, Agensi Sekitaran Nasional (NEA) dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) serta JTC Corporation pada September 2018 agar menyepadukan landskap e-bayaran yang pelbagai kepada semua 12,000 gerai di pusat penjaja, kantin dan kedai kopi.



Bercakap kepada media selepas lawatannya ke pusat penjaja di Ang Mo Kio semalam di mana sistem e-bayaran itu diperkenalkan, Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing, berkata:



"Kami sebenarnya ingin memudahkan transaksi antara penjaja dengan pelanggan.



"Bagi pelanggan, mereka tidak lagi perlu membawa wang tunai. Malah bagi pelanggan asing, jika mereka tidak mempunyai mata wang Singapura, mereka boleh menggunakan pelbagai e-bayaran berbeza.



"Bagi penjaja, maklum balas utama yang saya terima ialah sekarang kami membuat perniagaan mereka lebih mudah.



"Mereka tidak perlu kerap bertukar tangan antara penyediaan makanan dengan mengambil wang, jadi menjadikan proses itu bersih dan lebih mudah.



"Saya rasa mereka juga suka bahawa mereka kini tidak perlu meluangkan masa selepas bekerja keras untuk mengira wang pendapatan. Mereka dapat menyemak dan melihat pendapatan harian menerusi aplikasi tersedia.



"Dengan adanya sistem e-bayaran bersepadu ini, kami berjaya menghuraikan isu sebegini. Ia sesuatu yang dapat memberi manfaat kepada semua orang," kata Encik Chan.



Bersetuju, pemilik gerai Nasi Lemak 67 di Pusat Penjaja Blok 628 Ang Mo Kio Avenue 4, Cik Siti Naquiah Zainal, berkata sejak menggunakan sistem itu enam bulan lalu beliau dapat menguruskan perniagaannya dengan lancar.



Selain itu, beliau mendapati lebih ramai pelanggan muda yang lebih cenderung menggunakan cara pembayaran elektronik ini.



"Sebagai pemilik gerai, selain memudahkan urusan menjalankan gerai, saya juga dapati penggunaan sistem ini dapat memberi manfaat kepada orang muda kerana mereka tidak perlu membawa terlalu banyak wang.



"Kami hanya perlu meletakkan harga dalam terminal pembayaran dan mereka mengimbas kad pembayaran atau kod QR. Jika pelanggan saya gembira, saya turut rasa gembira," ujarnya.



Jumlah urus niaga tanpa tunai di gerai yang menawarkan e-bayaran bersepadu ini meningkat hampir 30 peratus sebulan antara Disember tahun lalu dengan Mei tahun ini, dengan nilai purata setiap urus niaga sekitar $6, menurut Enterprise Singapore.



Bagi menggalakkan lagi penggunaan e-bayaran, skim pembayaran yang menyertai daya usaha ini juga mampu memperkenalkan insentif seperti kredit boleh ditebus dan pulangan tunai kepada pengguna.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >