JAKARTA: Lebih 500 pasangan Indonesia diijabkabulkan dalam upacara ramai-ramai di Jakarta pada malam Tahun Baru (31 Disember)
Acara itu dianjurkan oleh pihak berkuasa di ibu kota Indonesia itu untuk keluarga miskin, yang sebahagiannya tidak mempunyai dokumen rasmi seperti sijil kelahiran atau sijil perkahwinan.
Perkahwinan rasmi membantu ibu bapa dan kanak-kanak menggunakan khidmat awam seperti jagaan kesihatan dan pendidikan, kata gabenor setempat Encik Anies Baswedan.
Kata Encik Anies, tarikh 31 Disember dipilih supaya para pengantin dapat meraikan perkahwinan mereka dengan ‘seluruh dunia’.