Lebih 500 pegawai SAF naik pangkat, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:55
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Lebih 500 pegawai SAF naik pangkat

Jun 28, 2018 | 07:45 PM

SERAMAI 461 pegawai, 75 pakar ketenteraan (ME) dan 40 pegawai waran daripada Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan ibu pejabat Kementerian Pertahanan (Mindef) telah dinaikkan pangkat tahun ini.

Mereka yang dinaikkan pangkat termasuk pegawai tetap dan anggota kerahan perkhidmatan negara (Nsmen) dan pegawai eksekutif pertahanan (DXO).

Satu majlis kenaikan pangkat telah diadakan di Mindef hari ini (28 Jun).

Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, hadir menyampaikan sijil di majlis tersebut.

Antara mereka yang dinaikkan pangkat tahun ini ialah Leftenan Kolonel (LTC) Mohamed Feroz Mohamed Akber, 37 tahun, yang dinaikkan pangkat menjadi Leftenan Kolonel Kanan (SLTC).

Halal Home Based Business
Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Beliau merupakan Pegawai Pemerintah Batalion Pertama, Rejimen Infantri Singapura (1SIR), yang diamanahkan untuk memimpin askar bagi mempertahankan Singapura.

Namun lebih daripada pertahanan negara, beliau turut terlibat dalam pengurusan keselamatan semasa Rahat Mesyuarat Menteri Pertahanan Asean (ADMM) dan dalam Rumah Terbuka Tentera Darat (AOH).

Bagi LTC Mohamed Feroz, kenaikan pangkat itu menunjukkan kepercayaan yang diletak pada dirinya oleh SAF untuk memikul tanggungjawab lebih berat.

“Tanggungjawab kepimpinan yang lebih besar itu pastinya bukan mudah.

“Saya berharap dapat terus berbakti dengan SAF dalam apa pun peranan yang diperlukan dan saya akan terus melatih askar di bawah saya untuk menjadi askar yang cekap serta individu yang berkeyakinan tinggi dan warga yang komited,” ujar bapa seorang anak lelaki berumur 10 bulan itu.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map