Subuh
5:29
Syuruk
6:51
Zuhur
12:54
Asar
4:17
Maghrib
6:55
Isyak
8:08

Lebih 500 SME di S’pura perolehi akses ke pasaran luar negara di bawah Inisiatif Grow Digital

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Lebih 500 SME di S’pura perolehi akses ke pasaran luar negara di bawah Inisiatif Grow Digital

Jun 22, 2020 | 07:00 PM

DAYA usaha Akses Pasaran Antarabangsa melalui Wadah Digital (Inisiatif Grow Digital), yang diperkenal sewaktu Belanjawan pertama awal tahun ini, adalah antara inisiatif yang mendapat perhatian syarikat kecil dan sederhana (SME) di sini.

Lebih daripada 500 SME di Singapura telah memperoleh akses ke pasaran luar negara baru secara digital, menerusi platform digital di bawah inisiatif itu.

Demikian menurut Menteri Negara Kanan (Perdagangan dan Perusahaan) Encik Chee Hong Tat ketika mengongsi tentang perkembangan inisiatif itu dalam satu webinar yang dianjur bersama oleh Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), Enterprise Singapore (ESG) dan SGTech pada Isnin (22 Jun), yang turut menyaksikan pelancaran rasmi inisiatif tersebut.

Memberi contoh tentang kemajuan yang dicapai jenama kaca mata tempatan Nanyang Optical, Encik Chee telah berkongsi bagaimana syarikat tersebut telah menyertai inisiatif Akses Pasaran Antarabangsa melalui Wadah Digital untuk membina atau merangsang kehadiran dalam talian agar dapat menjangkau lebih ramai pelanggan tempat sewaktu tempoh pemutus litar yang lalu. 

Kini syarikat tersebut sedang dalam perancangan untuk mengembangkan lagi perniagaan e-dagang mereka ke pasaran luar negara, bermula dengan Indonesia, menurut Encik Chee lagi.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3