Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 5,000 flat HDB baru mungkin dilancar di Queenstown menjelang 2027

Oct 16, 2019 | 05:20 PM



LEBIH 5,000 rumah baru mungkin dilancarkan di Queenstown menjelang 2027, berdasarkan maklumat dalam satu dokumen kajian lalu lintas yang akan dikendalikan bagi bandar tertua Singapura itu. 



Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) telah mengeluarkan tender untuk mengendalikan penilaian kesan lalu lintas (TIA) kelmarin. 



Menurut dokumen tender tersebut, sekitar 2,060 flat dalam dua pembangunan mungkin dilancarkan seawal 2021 atau 2022. 



Selain itu, 3,280 unit dalam empat pembangunan pula dijangka dilancarkan lima tahun akan datang. 



Secara keseluruhan, terdapat 10 tapak yang merangkumi 7,147 unit yang dicadangkan, 6,600 meter persegi untuk kegunaan komersial, dan sebuah sekolah rendah. 



Dokumen tersebut tidak mendedahkan sama ada 1,807 unit lain akan dilancarkan. Pembangunan di kawasan tersebut merangkumi kawasan seluas 29 hektar secara keseluruhan. 



Walaupun dokumen tersebut tidak menyebut kawasan tertentu pembangunan rumah-rumah ini, ia dikatakan mungkin dikelilingi laluan baru yang terhubung dengan Queensway, Portsdown Avenue, Ekspreswe Ayer Rajah dan Alexandra Road. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >