Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Penyenggaraan yang dijadualkan: Kami sedang mempertingkat sistem mySPH untuk memberi anda khidmat log masuk lebih lancar. Sebahagian akses bagi log masuk ke mySPH akan terjejas dari 02 / Mar / 21 12:30 PG hingga 02 / Mar / 21 06:00 PG. Anda perlu log masuk semula selepas tempoh penyenggaraan ini. Untuk mendapatkan bantuan, sila tinggalkan butiran hubungan anda di sini dan kami akan hubungi anda. Terima kasih.
Setempat0

Lebih 50,000 pekerja telah digaji di bawah Insentif Pertumbuhan Pekerja

Jan 23, 2021 | 07:47 PM

LEBIH 50,000 pekerja telah digajikan di bawah Insentif Pertumbuhan Pekerja (JGI) pada September lalu.

Mereka digajikan oleh kira-kira 14,000 syarikat yang memanfaatkan skim bernilai $1 bilion itu, yang bermatlamat menggalak syarikat menggajikan lebih ramai warga setempat.

Sekitar 50 peratus pekerja itu berusia 40 tahun ke atas, kata Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo dalam satu sidang media selepas lawatan ke syarikat perkhidmatan makanan, Select Group pada Jumaat (22 Jan).

Mendedahkan Laporan Keadaan Pekerjaan ke-17 Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Cik Teo berkata majoriti syarikat itu dalam sektor perkhidmatan makanan – yang menggajikan 7,700 pekerja.

Ini disusuli oleh sektor perdagangan borong, perkhidmatan profesional, binaan dan pendidikan.

Berita Popular

Di bawah JGI, syarikat menggajikan pekerja setempat akan menerima subsidi sehingga 25 peratus daripada gaji $5,000 yang pertama selama setahun.

Mereka yang menggajikan pekerja berusia 40 tahun ke atas, kurang upaya dan bekas pesalah menerima subsidi 50 peratus.

Cik Teo berkata ini satu permulaan menggalakkan dan akur bahawa pemulihan syarikat daripada kesan Covid-19 adalah tidak seimbang – ada bergelut untuk berubah manakala ada yang berkembang dan meluaskan tenaga kerja.

“Justeru JGI diperkenalkan pada Ogos lalu bagi membantu mengalihkan pekerja dari perniagaan yang sedang dikecilkan kepada sektor yang terus berkembang.

“Tetapi perniagaan mungkin keberatan terus berkembang dan ingin ketentuan tentang peluang sebelum menggajikan pekerja.

“Jadi JGI bertujuan merangsang pengambilan kerja dan menggalak syarikat mempercepatkan rancangan pengambilan pekerja Singapura,” ujar Cik Teo.

Katanya, kementerian itu sedang meneliti jika skim itu perlu dilanjutkan setelah ia luput bulan depan.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map