Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 50,000 pekerja telah digaji di bawah Insentif Pertumbuhan Pekerja

Jan 24, 2021 | 05:30 AM



LEBIH 50,000 pekerja telah digajikan di bawah Insentif Pertumbuhan Pekerja (JGI) pada September lalu.



Mereka digajikan oleh kira-kira 14,000 syarikat yang memanfaatkan skim bernilai $1 bilion itu, yang bermatlamat menggalak syarikat menggajikan lebih ramai warga setempat.



Sekitar 50 peratus pekerja itu berusia 40 tahun ke atas, kata Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo dalam satu sidang media selepas lawatan ke syarikat perkhidmatan makanan, Select Group kelmarin.



Mendedahkan Laporan Keadaan Pekerjaan ke-17 Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Cik Teo berkata majoriti syarikat itu dalam sektor perkhidmatan makanan - yang menggajikan 7,700 pekerja.



Ini disusuli oleh sektor perdagangan borong, perkhidmatan profesional, binaan dan pendidikan.



Di bawah JGI, syarikat menggajikan pekerja setempat akan menerima subsidi sehingga 25 peratus daripada gaji $5,000 yang pertama selama setahun. Mereka yang menggajikan pekerja berusia 40 tahun ke atas, kurang upaya dan bekas pesalah menerima subsidi 50 peratus.



Cik Teo berkata ini satu permulaan menggalakkan dan akur bahawa pemulihan syarikat daripada kesan Covid-19 adalah tidak seimbang - ada bergelut untuk berubah manakala ada yang berkembang dan meluaskan tenaga kerja.



"Justeru JGI diperkenalkan pada Ogos lalu bagi membantu mengalihkan pekerja dari perniagaan yang sedang dikecilkan kepada sektor yang terus berkembang.



"Tetapi perniagaan mungkin keberatan terus berkembang dan ingin ketentuan tentang peluang sebelum menggajikan pekerja.



"Jadi JGI bertujuan merangsang pengambilan kerja dan menggalak syarikat mempercepatkan rancangan pengambilan pekerja Singapura," ujar Cik Teo.



Katanya, kementerian itu sedang meneliti jika skim itu perlu dilanjutkan setelah ia luput bulan depan.



Sementara itu, sektor perkhidmatan makanan terus menggajikan pekerja dengan rancak.



Sehingga Disember tahun lalu, lebih 9,200 kerja kosong yang diiklankan di portal MyCareersFuture.



Sebanyak 37 peratus daripadanya adalah untuk karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET).



Ini termasuk jawatan seperti pengurus khidmat makanan dan minuman serta pengurus pembangunan perniagaan.



Manakala jawatan bukan PMET yang ditawarkan pula termasuk tukang masak, pelayan dan barista.



Mereka bertugas sebagai pengurus pembangunan perniagaan dan penjualan serta pemasaran, boleh meraih gaji di antara $3,000 dengan $6,5000.



Jawatan pengurus makanan dan minuman pula menawarkan gaji di antara $2,600 dengan $3,250.



Mereka yang memegang peranan sebagai tukang masak boleh menerima gaji $2,200 hingga $3,000 sementara pelayan meraih di antara $1,600 dengan $2,000.



Menurut laporan itu, jawatan khidmat makanan bukan PMET mempunyai batas kemasukan yang rendah dan syarikat boleh menyediakan waktu bekerja yang fleksibel.



LAPORAN LANJUT: Program reka semula tugas penolong khidmat makanan akan dilancar




"... JGI (Insentif Pertumbuhan Pekerja) bertujuan merangsang pengambilan kerja dan menggalak syarikat mempercepatkan rancangan pengambilan pekerja Singapura."
- Cik Josephine Teo, Menteri Tenaga Manusia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >