MEREKA telah menempuh pelbagai asam garam setelah berkhidmat dengan Home Team selama sekitar 30 tahun.
Inspektor Balai Kanan (SSI) 2 Feeroz Nor daripada Biro Narkotik Pusat (CNB) dan Leftenan (LTA) (1) Abdul Razak Senin daripada Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) tidak pernah lokek berkongsi pengalaman mereka dengan pegawai yang lebih muda.