Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 570 individu, rakan kongsi diiktiraf Anugerah Reben Kuning

Dec 09, 2021 | 05:30 AM



SUMBANGAN lebih 570 kakitangan, rakan kongsi masyarakat, bekas banduan dan relawan dalam membentuk masyarakat lebih inklusif diikitiraf semasa Anugerah Reben Kuning yang diadakan buat julung-julung kalinya semalam.



Acara maya yang diberi tema "Kami Peluang Kedua Satu Sama Lain" disertai lebih 450 tetamu termasuk tetamu terhormat Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K Shanmugam, dan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Acara anugerah itu merangkumi dua kategori - salah satu bertujuan mengiktiraf individu, majikan, pertubuhan dan rakan kongsi yang telah menyumbang terhadap usaha Reben Kuning; dan satu lagi memberikan penghargaan kepada bekas pesalah yang berjaya mengatasi dugaan dan terus berusaha sedaya upaya dalam perjalanan untuk kembali ke pangkuan masyarakat, diberi gelaran 'Overcomers'.



Kategori kedua itu turut memberi penghargaan kepada majikan, kumpulan dan individu yang telah memberikan sokongan kepada banduan, bekas banduan dan keluarga mereka.



"'Overcomers' diiktiraf atas daya tahan yang dipaparkan serta kesungguhan mereka dalam membina semula kehidupan mereka untuk kembali ke dalam masyarakat, meskipun dalam persekitaran yang mencabar.



"Yang lebih penting lagi, mereka turut ingin mencetus perubahan dengan menyumbang kembali kepada masyarakat," kata kenyataan Reben Kuning semalam.



Semasa berucap, Encik Shanmugam menekankan bahawa semua individu memainkan peranan penting dalam mewujudkan masyarakat inklusif dan menerima semula bekas pesalah.



Beliau menambah penerima anugerah telah menunjukkan bagaimana sikap baik hati dapat mengubah kehidupan bekas banduan dan mencetus keinginan dalam diri mereka untuk melakukan yang sama untuk orang lain.



Encik Shanmugam turut memberikan contoh bekas banduan yang sama-sama merebut peluang menyumbang kembali kepada mereka yang memerlukan.



"Dengan keputusan untuk menyumbang kembali, anda (bekas banduan) mengesahkan lagi kepercayaan mereka yang telah menghulurkan bantuan kepada anda.



"Anda mewujudkan kitaran sokongan bagi bekas banduan dan keluarga mereka," katanya.



Dr Faishal pula berkata usaha kolektif untuk membantu satu sama lain mendorong usaha mewujudkan masyarakat lebih inklusif.



"Ia mengingatkan kita bahawa kita semua wujud dalam kisah hidup orang lain, dan kita juga boleh menjadi peluang kedua masing-masing. Kita perlu berusaha untuk menjadi yang lebih baik, bersama," katanya.



Pengerusi Projek Reben Kuning, Encik Matthew Wee, berkata: "Sementara banduan dan bekas pesalah memerlukan peluang kedua daripada majikan dan masyarakat, mereka juga perlu memberikan diri mereka peluang kedua - untuk percaya kemampuan mereka dan mengambil langkah awal untuk memperbaiki kehidupan mereka."



Seorang penerima anugerah, Encik Zulkhairee Udik, 51 tahun, berkata anugerah yang diterimanya itu merupakan penghormatan yang tinggi.



"Memang saya rasa amat bertuah menerima anugerah ini, dan saya akan cuba lakukan yang terbaik untuk terus maju ke hadapan.



"Saya juga ingin menyampaikan penghargaan terutama sekali kepada keluarga dan teman-teman saya yang telah memberikan sokongan yang diperlukan," katanya yang merupakan sebahagian daripada Persatuan Syarikat Kerjasama Perusahaan dan Perkhidmatan (Iscos), badan yang membantu bekas pesalah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >