Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 60% banduan yang duduki GCE peringkat 'A' tahun lalu layak bagi kursus pengajian tinggi

Feb 23, 2019 | 05:31 PM



SERAMAI 21 daripada 34 banduan di Sekolah Penjara Tanah Merah layak mengikuti kursus di peringkat pengajian tinggi.



Menerusi laman Facebook beliau semalam (22 Februari), Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin, berkata 34 banduan itu telah menduduki peperiksaan GCE Peringkat 'A' tahun lalu.



Semalam, 13,042 calon yang menduduki peperiksaan itu tahun lalu menerima keputusan mereka.



Menurut Encik Amrin, banduan yang meraih keputusan paling cemerlang mendapat 5 gred 'A' dan 1 'B'.



Daripada 21 banduan yang layak mengikuti kursus di peringkat pengajian tinggi, lima banduan boleh memohon bagi kursus sepenuh masa di universiti setempat.



Sementara itu, 16 lagi banduan pula boleh memohon bagi mengikuti kursus di politeknik atau institusi swasta.



“Kesemua mereka telah berjaya. Keputusan memang penting namun apa yang lebih penting adalah usaha mereka yang cukup hebat dan sikap mereka yang tidak mudah berputus asa.



“Saya sangat bangga dengan banduan ini – kesemua 34 mereka – kerana menduduki peperiksaan GCE Peringkat 'A' ini.



“Ini menunjukkan semangat dan perwatakan yang hebat sekali. Syabas!” kata Encik Amrin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >