Subuh
5:52
Syuruk
7:08
Zuhur
1:13
Asar
4:12
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Lebih 600 beriani amal diagih atas nama legenda bola sepak arwah 'Mat Noh'

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Lebih 600 beriani amal diagih atas nama legenda bola sepak arwah 'Mat Noh'

Nov 01, 2021 | 05:30 AM

SEKUMPULAN bekas pemain bola sepak nasional mengambil inisiatif untuk memperingati pemergian legenda bola sepak terkenal Allahyarham 'Mat Noh'.

Bekas pemain nasional, Samsudin Rahmat bersama pemilik restoran Cahaya Timur Briyani House di Changi Village, Encik Jamaludin Abdul Lattif, mengagihkan lebih 600 bungkusan beriani amal sebagai sedekah untuk Allahyarham Mat Noh.

Setiap bungkusan beriani yang dibungkus boleh dimakan oleh empat orang dan memanfaatkan lebih 2,400 orang.

Bekas pemain nasional, Encik Samsudin Rahmat, yang turut membantu Encik Jamaludin yang menerajui berani amal itu berkata:

"Sesiapa yang mendapat beriani amal ini moga mereka bersama-sama kami untuk mendoakan kebaikan untuk arwah Mat Noh agar ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.''

Encik Jamaludin yang merupakan rakan baik kepada Allahyarham mengagihkan beriani amal itu juga bersempena sempena Maulidir Rasul.

"Melalui agihan seperti ini, kami berharap mereka dapat mengingati Allahyarham dan memanjatkan doa, membaca Al-Fatihah kepada Allahyarham,'' kata Encik Jamaludin.

Bekas pemain bolasepak nasional Malik Awab yang banyak terhutang budi dengan Allahyarham yang banyak membantunya sewaktu tempoh beliau bersama pasukan nasional berkata ia diharap memberikan banyak kebaikan akhirat kepada Allahyarham.

Allahyarham atau nama sebenarnya Mohamad Noh Hussain meninggal dunia pada 20 September lalu setelah mengalami serangan jantung.

Seorang penerima beriani amal tersebut, Encik Hassan Wahab berkata:

"Bukan sahaja beriani yang kami terima amat sedap tetapi yang lebih penting adalah inisiatif usaha baik mengingati arwah.''

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3