Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 600 dijangka hadiri acara peringati Haji Othman petang ini

Apr 19, 2017 | 03:41 PM



LEBIH 600 orang dijangka menghadiri acara memperingati Allahyarham Haji Othman Wok, yang akan berlangsung di Dewan Konsert Victoria bermula 6.30 petang ini.



Ia dianjurkan oleh OnePeople.sg, sebuah badan nasional yang menggalak keharmonian kaum dan agama.



Arwah Haji Othman, merupakan mantan Menteri Hal Ehwal Masyarakat dan juga anggota Kabinet pertama Singapura selepas mencapai kemerdekaan pada 1965.



Beliau meninggal dunia pada usia 92 tahun kelmarin (17 Apr).



Sebanyak enam belasungkawa akan disampaikan dalam acara hari ini.



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong; Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim; dan Menteri Negara merangkap pengerusi OnpePeople.sg, Dr Janil Puthucheary, akan menyampaikan ucapan mereka.



Tiga individu lain yang akan menyampaikan belasungkawa ialah menantu Allahyarham Haji Othman, Encik Munir Shah; mantan Anggota Parlimen kawasan undi Pasir Panjang dari 1980 hingga 1991, Encik Abbas Abu Amin; dan Anggota Parlimen bagi GRC West Coast, Encik Patrick Tay.



Di acara peringatan itu kelak, sebuah video yang memaparkan sumbangan arwah kepada Singapura akan dimainkan.



Para hadirin kemudian akan bertafakur selama seminit sebagai memperingati arwah, sebelum lagu kebangsaan dimainkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >