Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 600 pegawai Palestin ikuti pelbagai kursus di bawah pakej bantuan SG

Mar 04, 2022 | 05:30 AM



PAKEJ Bantuan Teknikal Dipertingkat (ETAP) Singapura telah memberi manfaat kepada lebih 600 pegawai Palestin yang menyertai pelbagai kursus dalam bidang seperti pentadbiran awam, pembangunan ekonomi dan pembangunan bandar, kata Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman.



Jumlah bantuan bagi pakej itu, yang menyokong usaha pembangunan keupayaan di Palestin, digandakan daripada $5 juta kepada $10 juta pada 2016.



Selain itu, biasiswa pascasiswazah yang ditawarkan kepada rakyat Palestin dalam pelbagai bidang telah diperluas untuk merangkumi jurusan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).



Dr Maliki berkongsi usaha Singapura dalam menyokong dan membangunkan keupayaan dalaman Pihak Berkuasa Palestin (PA) semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Ehwal Luar (MFA) di Parlimen semalam.



"Kami berharap dapat melakukan lebih banyak lagi di bawah ETAP bagi menyokong pembangunan PA," kata beliau.



Menjawab soalan berhubung perkembangan di Timur Tengah, Dr Maliki berkata hubungan antara Israel dengan Amiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Morocco berkembang dengan cepat selepas Perjanjian Abraham ditandatangani, namun konflik Israel dan Palestin masih belum dapat dihuraikan.



Malah, peningkatan keganasan Mei lalu antara Israel dan Hamas di Gaza adalah konflik besar kelima antara mereka dalam 15 tahun.



Namun, Dr Maliki berkata keadaan di Gaza sebahagiannya manifestasi persaingan politik dalaman Palestin. Beliau menjelaskan Tebing Barat ditadbir PA dan dikawal parti Fatah, manakala Hamas merampas kuasa kawalan secara sehala ke atas Gaza pada 2007.



Perpecahan politik itu berterusan walaupun sudah terdapat percubaan membentuk pemerintah perpaduan nasional yang menyatukan dua pihak itu.



"Untuk menghentikan lingkaran keganasan ini, perlu wujud kesungguhan politik di antara dua pihak, iaitu Israel dan Palestin, untuk mencapai persetujuan melalui rundingan damai," kata Dr Maliki.



Beliau turut menekankan bahawa Singapura kekal teguh dalam sokongan bagi huraian dua negara yang dirundingkan untuk membolehkan rakyat Israel dan Palestin hidup bersebelahan dalam aman dan selamat, yang selaras dengan resolusi relevan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >