Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:11
Asar
4:28
Maghrib
7:14
Isyak
8:25

Lebih 600 pekerjaan kejuruteraan elektronik ditawar dalam pameran Adapt and Grow

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Lebih 600 pekerjaan kejuruteraan elektronik ditawar dalam pameran Adapt and Grow

Sep 26, 2017 | 03:25 PM

LEBIH 600 pekerjaan kosong seperti jurutera mekanikal dan jurutera proses ditawarkan dalam Pameran Pekerjaan Adapt and Grow bagi menyokong permintaan pekerjaan yang diperlukan setelah pelancaran Peta Perubahan Industri (ITM) Elektronik.

Pelancaran ITM itu minggu lalu dijangka mewujudkan 2,100 pekerjaan baru bagi karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) menjelang 2020.

Pameran pekerjaan itu diadakan di Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat di Paya Lebar semalam dan disertai lebih 20 syarikat. Ia dianjurkan bersama Tenaga Kerja Singapura (WSG) dan Lembaga Kemajuan Ekonomi.

"Sebanyak 2,100 pekerjaan PMET baru dilancarkan menjelang 2020 bagi membantu syarikat pengilang elektronik mempelbagaikan peluang pertumbuhan baru, merombak kilang yang ada dan mendalami kemahiran pekerja,'' ujar kenyataan WSG.

Pameran kerjaya itu akan memadankan pekerjaan kosong dengan rakyat Singapura yang kehilangan pekerjaan serta membantu mereka yang mencari pekerjaan memahami peluang pekerjaan ditawarkan dalam sektor itu.

Syarikat yang menyertai pameran itu termasuk ASE Singapore, Globalfoundaries, Hitachi Chemical, Lumileds Singapore, Micron Semiconductor dan STATS ChipPAC

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3