Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:55
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10

Lebih 600 rayuan untuk sertai Pakej Generasi Perintis dilulus

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Lebih 600 rayuan untuk sertai Pakej Generasi Perintis dilulus

Jan 20, 2015 | 03:53 PM

LEBIH 600 warga senja yang telah membuat permohonan rayuan bagi layak menerima manfaat Pakej Generasi Perintis telah mendapat kelulusan untuk menerimanya, kata Menteri Negara (Kewangan), Cik Josephine Teo.

Panel yang meneliti rayuan-rayuan tersebut telah menilai sekitar 2,480 rayuan dan meluluskan 642 daripadanya, kata beliau di Parlimen, hari ini, Selasa.

Kesemuanya panel tersebut telah menerima sekitar 2,900 rayuan.

Cik Teo berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Encik Seng Han Thong (GRC Ang Mo Kio) yang ingin tahu jumlah rayuan yang telah diterima dan diluluskan, dan atas sebab apa ia diluluskan.

Cik Teo berkata, panel tersebut hanya menimbangkan rayuan berkaitan kriteria kewarganegaraan.

Untuk layak menerima manfaat Pakej Generasi Perintis bernilai $8 bilion itu yang menawarkan bantuan membayar bil penjagaan kesihatan, warga senja perlu dilahirkan pada 1949 atau lebih awal, dan telah menjadi warga Singapura pada atau sebelum 31 Disember, 1986.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3