Lebih 600 ribu warga terima rawatan subsidi tahun lalu
May 15, 2017 | 05:30 AM
SEKITAR 685,000 warga Singapura menerima rawatan bersubsidi daripada doktor di klinik swasta serata pulau tahun lalu.
Rawatan di bawah Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (Chas) itu menelan belanja $169 juta yang ditampung pemerintah sebagai subsidi, demikian menurut perangkaan terkini daripada Kementerian Kesihatan (MOH).