Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 6,200 terima suntikan Covid-19 di S'pura; 4 pusat vaksinasi beroperasi akhir Jan

Jan 13, 2021 | 05:42 PM



LEBIH 6,200 individu telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 sejak Singapura memulakan program vaksinasinya pada 30 Disember, dengan lapan pusat vaksinasi akan dibangunkan pada penghujung Februari ini.



Lapan pusat vaksinasi ini termasuk dua pusat di Terminal 4, Lapangan Terbang Changi dan Pusat Persidangan Raffles City yang sudah beroperasi di samping dua lagi yang dibangunkan di bekas tapak Sekolah Menengah Hong Kah dan Kelab Masyarakat Woodlands Galaxy yang akan  tersedia minggu depan.



Empat pusat vaksinasi lagi akan siap pada Februari dan lebih banyak pusat akan dibuka secara beransur-ansur sedang Singapura memperluas program vaksinasinya, jelas Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong, pada Rabu (13 Januari).



Beliau yang merupakan pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian ditemui wartawan dalam satu kunjungan ke Hospital Kwong Wai Shiu, selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 bersama pengerusi bersama, Encik Lawrence WOng dan kakitangan rumah rawatan itu.



Suntikan juga diberi di poliklinik dan klinik umum (GP).



Encik Gan juga menggesa warga Singapura lain agar mendapatkan suntikan vaksin apabila giliran mereka tiba sambil menekankan ini adalah kunci utama dalam menyambung semula kegiatan kemasyarakatan dan ekonomi.



Proses vaksinasi dipercepatkan mulai minggu ini dengan hampir 2,800 individu menerima suntikan pada Selasa, jelas Encik Gan.



Menurutnya lagi, empat pusat pertama terlah dibangunkan di pelbagai kawasan serata pulau bagi memudahkan orang ramai.



Latihan vaksinasi bermula 30 Disember tahun lalu. Jika semuanya berjalan lancar, Singapura mempunyai vaksin secukupnya bagi memberi suntikan kepada semua orang menjelang suku ketiga tahun ini.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >