Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 650 berbasikal gagahi hujan kumpul dana bagi pesakit barah

Sep 23, 2022 | 05:30 AM



BIARPUN hujan lebat membasahi bumi, lebih 650 penunggang basikal sanggup meredah jalan raya sejauh 38,902 kilometer kesemuanya demi memenuhi misi mengumpul dana bagi pesakit barah.



Acara tersebut adalah kemuncak usaha berbasikal maya selama sebulan - Let's Ride! Singapore - yang bertujuan mempromosi gaya hidup aktif dan menggalak pencegahan penyakit.



Dianjurkan oleh syarikat bioteknologi Mirxes, penunggang basikal merentas seluruh Singapura dan berjaya mengumpul $88,902, dengan syarikat itu menjanjikan $50,000 dan menderma satu dolar bagi setiap kilometer yang ditunggang peserta.



Dana yang dikumpul itu akan disumbangkan kepada Dana Barah di Institut Barah Universiti Nasional, Singapura (NCIS), yang akan digunakan untuk memberi subsidi bagi rawatan pesakit, lapor The Straits Times.



Profesor Chng Wee Joo, pengarah NCIS, berkata dana itu menyokong lebih 60 permohonan setahun dan menyasarkan mengumpul $20 juta sepanjang tiga tahun akan datang untuk terus membantu pesakit, memajukan penyelidikan penyakit barah dan melatih profesional penjagaan kesihatan.



Selepas penunggang basikal menamatkan perjalanan mereka di Marina Bay, Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Cik Low Yen Ling, mengucapkan terima kasih kepada mereka bagi sokongan.



"Acara penutup Let's Ride! Singapore ini adalah contoh baik masyarakat kita yang prihatin dan inklusif, di mana orang ramai daripada semua lapisan masyarakat berganding bahu dan berusaha gigih menyokong mereka yang memerlukan," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >