Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 650 staf, penghuni rumah kebajikan terima vaksin Covid-19

msf
Feb 07, 2021 | 05:30 AM



LEBIH 650 kakitangan dan penghuni di rumah kebajikan di bawah naungan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) telah menerima dos vaksin Covid-19 pertama mereka, menurut Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Ini setelah 99 penghuni di pusat pelbagai khidmat MINDSville@Napiri, sebuah kemudahan bagi golongan dewasa berkeperluan khas (ADH) yang dibiayai oleh MSF, menerima suntikan vaksin pertama mereka kelmarin.



Encik Masagos berkata operasi vaksinasi yang dijalankan oleh pasukan vaksinasi bergerak Kementerian Kesihatan (MOH) telah berjalan dengan lancar.



"Kemudahan ADH kami menawarkan pengasuhan jangka masa panjang untuk orang dewasa kurang upaya yang tidak mempunyai tempat tinggal alternatif atau pengasuh yang mampu menjaga mereka.



"MSF kini sedang menyediakan vaksinasi bagi kakitangan dan penghuni kami dari semua kemudahan yang dibiayai oleh MSF supaya golongan ini dapat dilundungi dari penularan Covid-19," kata beliau, dalam satu catatan di Facebook.



Beliau berkongsi, umumnya maklum balas daripada mereka yang menerima suntikan vaksin itu adalah positif.



"Ia serupa kesan dicucuk peniti, prosesnya cepat dan kesan sampingan lazimnya adalah tangan yang terasa lenguh," ujar beliau, sambil menambah pengalaman itu serupa seperti yang dilaluinya.



Tambah Encik Masagos, Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) telah memastikan bahawa keselamatan diutamakan dalam proses vaksinasi warga setempat.



"Vaksinasi ini percuma bagi semua rakyat Singapura dan penduduk jangka masa panjang di Singapura.



"Untuk memastikan Singapura selamat, saya mengalakkan semua orang untuk mengambil vaksin, supaya kami dapat melindungi diri anda sendiri dan orang-orang di sekitar kita daripada penularan Covid-19," ujarnya.



Lebih 155,000 individu telah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 mereka hingga Ahad lalu.



Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Dr Janil Puthucheary, di Parlimen baru-baru ini berkata pemerintah merancang menubuhkan sekitar 40 pusat vaksinasi, dengan setiap pusat dirancang boleh melakukan anggaran sekitar 2,000 vaksinasi sehari secara purata.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >