Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 6kg dadah bernilai $313,000 dirampas dari bilik hotel Sentosa, rumah privet Shenton Way

Jul 29, 2022 | 04:20 PM



DUA warga Singapura telah ditangkap kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah semasa satu operasi Biro Narkotik Pusat (CNB) pada Rabu lalu (27 Julai).



Lebih 6 kilogram dadah juga telah dirampas.



Sebanyak 1,893 gram heroin, 270 gram Ice, 4,193 gram ganja dan tujuh botol methadone dirampas secara keseluruhan, dengan nilai pasarannya dianggarkan sekitar $313,000.



Jumlah heroin yang dirampas itu cukup untuk kegunaan 900 penyalahguna dadah selama seminggu, sementara ganja yang dirampas cukup untuk kegunaan 600 penyalahguna dadah selama seminggu, kata CNB.



Pada Rabu lalu, pegawai CNB menangkap dua warga Singapura itu - seorang lelaki berusia 41 tahun dan seorang wanita berusia 34 tahun - di sebuah bilik hotel di Sentosa.



Di sana, sejumlah 1,849 gram heroin, 269 gram Ice, 663 gram ganja dan enam botol methadone ditemui.



Mereka kemudian dibawa ke tempat persembunyian mereka di kawasan perumahan privet di Shenton Way pada awal pagi semalam.



Di sana, 44 gram heroin, 1 gram Ice, 3,530 gram ganja dan satu botol metadon ditemui.

Pengarah Divisyen Risikan CNB, Timbalan Penolong Komisioner Aaron Tang berkata:



"Sindiket dan pengedar dadah tidak akan berhenti untuk memanipulasi dan mengeksploitasi penyalahguna dadah... semuanya untuk keuntungan dan ketamakan mereka sendiri.



"Para pengedar ini tiada masalah bahawa gaya hidup mewah mereka - percutian mewah, kereta mewah dan pangsapuri kediaman persendirian - mengorbankan pihak lain yang tidak bersalah, seperti kanak-kanak atau orang tersayang penyalahguna dadah."



Siasatan terhadap kegiatan dadah suspek masih diteruskan.



Mereka yang didapati bersalah mengedar lebih daripada 15 gram heroin tulen, 250 gram methamphetamine atau 500 gram ganja, boleh dikenakan hukuman mati.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >