Lebih 7 kilogram dadah bernilai $850,000 dirampas dalam operasi CNB, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Lebih 7 kilogram dadah bernilai $850,000 dirampas dalam operasi CNB

May 19, 2021 | 08:38 PM

LEBIH 7 kilogram dadah haram dirampas Biro Narkotik Pusat (CNB) pada petang Selasa (18 Mei) dalam operasi berbeza yang membawa pada penangkapan tujuh individu yang disyaki.

Enam lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 dengan 48 tahun ditangkap, kata CNB dalam kenyataannya pada Rabu (19 Mei).

Sekitar 2,287 gram heroin, 5,041 gram methamphetamin yang juga dikenali sebagai Ice dan lebih 630 gram pil Ecstasy dianggarkan bernilai $850,000 dirampas.

Dua warga Singapura berusia 26 dan 28 tahun diberkas dalam serbuan pertama di unit perumahan sekitar Jurong East Avenue 1.

Pegawai CNB menemui sekitar 466 gram heroin, tujuh gram Ice, beberapa peralatan dadah serta wang tunai sejumlah $4,585 dalam unit tersebut.

Halal Home Based Business
Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Mereka yang disyaki dikatakan telah membuang dadah terkawal itu daripada jendela unit itu sebelum diberkas. Pegawai CNB kemudian menemui semula 1,821 gram heroin dan 518 gram Ice.

Operasi kedua pada petang yang sama membawa pada penangkapan tiga warga Singapura di blok perumahan sekitar Chai Chee Street.

Sekitar 55 gram Ice pula ditemui pada seorang lelaki 48 tahun sementara lelaki 26 tahun diiringi ke lokasi lain di mana 3 gram Ice ditemui.

Lelaki ketiga, 31 tahun, pula memberontak bagi mengelakkan daripada ditangkap sehinggakan pegawai CNB perlu bertindak menenangkannya, tambah CNB. Sekitar 25 gram Ice ditemui dalam miliknya. 

CNB menjalankan operasi susulan pada Selasa menyusuli penangkapan pertama, membawa pada seorang lelaki 31 tahun ditangkap di kawasan Lorong Limau di Whampoa.

Lelaki yang disyaki itu dibawa ke rumahnya di mana seorang wanita penduduk tetap Singapura berusia 27 tahun pula diberkas.

Pegawai CNB menggeledah unit itu dan menemui sekitar 4,346 gram Ice, 6 gram kanabis, 1 gram ketamin, lebih 630 gram pil Ecstasy, 201 pil Erimin-5, satu setem LSD serta beberapa peralatan dadah.

Lagi 87 gram Ice pula ditemui dalam kenderaan lelaki itu.

Siasatan ke atas kegiatan dadah tujuh individu yang disyaki ini masih dijalankan.

CNB berkata keseluruhan jumlah dadah yang dirampas cukup bagi memenuhi keperluan 1,090 penyalah guna heroin dan 2,880 penyalah guna Ice bagi seminggu.

 

 

 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map