Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 7,200 flat siap separuh pertama 2022

Jumlah tertinggi sejak dua tahun ekoran pemulihan sektor pembinaan, bekalan tenaga pekerja lebih baik
Jul 31, 2022 | 05:30 AM



LEBIH 7,200 flat siap dalam enam bulan pertama tahun ini, jumlah tertinggi berbanding tempoh yang sama sejak dua tahun lalu.



Kemajuan ini menyusuli pemulihan stabil dalam industri permbinaan sejak awal tahun ini disebabkan keadaan Covid-19 dan tenaga manusia asing yang semakin baik, sera bantuan dan sokongan kukuh yang diberikan kepada industri tersebut.



Memberi kemaskini dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) berkata flat yang siap pada separuh pertama tahun ini merentasi enam projek Bina Ikut Tempahan (BTO), tiga daripadanya siap lebih sebulan awal daripada yang dijadualkan.



Jumlah keseluruhan flat yang siap ini juga melepasi jumlah flat yang siap dalam tempoh yang sama pada 2020 dan 2021, iaitu 2,485 dan 6,275.



Projek yang siap ialah Senja Ridges, Senja Heights dan Senja Valley di Bukit Panjang, Dakota Breeze di Geylang, Northshore Edge di Punggol dan Fernvale Glades di Sengkang.



Kesemua enam projek mengalami penangguhan dalam persiapannya disebabkan pandemik, dan pertukaran dalam tarikh flat itu mungkin siap dimaklumkan kepada pembeli flat sekitar tiga hingga sembilan bulan lalu, kata HDB.



Namun, Northshore Edge, Senja Heights dan Senja Ridges siap lebih awal daripada tarikh yang disemak itu.



Ketua Pegawai Eksekutif HDB, Encik Tan Meng Dui berkata industri pembinaan sedang mendapat kembali momentumnya secara bertahap-tahap setelah gangguan teruk selama dua tahun akibat Covid-19.



"HDB telah bekerjasama rapat dengan kontraktor dan konsultan kami, menetapkan langkah-langkah untuk mengurangkan penangguhan dalam pembinaan dan menyokong rakan kami untuk mendapatkan sumber yang diperlukan, supaya pembeli flat boleh pindah masuk rumah baru mereka secepat mungkin," tambahnya.



Menyentuh tentang permintaan kukuh untuk perumahan awam kini, HDB berkata ia telah meningkatkan bekalan BTO sebanyak 35 peratus, dari kira-kira 17,000 flat pada 2021 ke 23,000 flat pada 2022 dan 2023.



Secara keseluruhan, HDB sedang mengikuti jadual untuk melancarkan sehingga 23,000 flat baru tahun ini.



Pada Februari dan Mei lalu, sebanyak 4,000 dan 4,600 flat BTO masing-masing dilancarkan.



Pada Ogos ini, ia akan menawarkan sekitar 4,900 flat BTO di bandar seperti Ang Mo Kio, Bukit Merah, Choa Chu Kang, Jurong East, Tampines dan Woodlands.



Lagi 9,500 flat BTO akan ditawarkan November ini, di bandar seperti Bukit Batok, Kallang Whampoa, Queenstown, dan Yishun.



Butiran lanjut akan diumumkan kelak.



HDB berkata ia akan terus memantau permintaan perumahan dan menyesuaikan rancangan apabila perlu demi memastikan bahawa bekalan perumahan awam kekal responsif kepada keperluan perumahan penduduk Singapura.



Ia bersedia melancarkan sehingga 100,000 flat secara keseluruhan dari 2021 hingga 2025, jika perlu, tambah lembaga tersebut.



Laporan lanjut: HDB: Perlu dua hingga tiga tahun semua projek BTO terjejas pandemik siap




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >