Lebih $8,000 terkumpul hasil lelong kuih Raya
Wang disalur untuk keluarga kurang bernasib baik di bawah program 'Project Joy' Mendaki
Jul 03, 2016 | 05:30 AM
LANGKAH murni Mendaki menceriakan keluarga kurang bernasib baik menerusi program amal tahunannya, Project Joy, lebih diperkukuh semalam dengan sumbangan $8,230 yang diperolehi hasil acara Lelong Kueh Raya di Dewan Singapore Expo, semalam.
Jualan lelong sekitar 1,000 balang kuih-muih Raya sumbangan orang ramai itu diusahakan Divisyen Penyiaran Melayu Mediacorp dengan sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang tampil menyalur ihsan.