Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 90 pusat ujian pantas dibangunkan termasuk di klinik gigi dan Marina Bay Sands

Dec 28, 2021 | 04:06 PM



BAGI memastikan ujian Covid-19 lebih mudah dikendalikan, pengunjung dan pekerja barisan depan kini boleh mengambil ujian pantas antigen yang ditadbir sendiri (ART) dengan penyeliaan di lebih 90 lokasi termasuk klinik gigi dan Marina Bay Sands.



Acumen Diagnostics, anak syarikat kumpulan klinik pergigian Q&M, memberitahu akhbar The Straits Times, bilik privet disediakan di 10 klinik serata pulau bagi tujuan ujian 'swab'.



Pusat ujian ini ditempatkan berhampiran estet perumahan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan pusat beli-belah seperti Great World City.



Ketua Eksekutif Acumen Diagnostics, Dr Ong Siew Hua, berkata: "Klinik kami mempunyai maksimum empat slot sejam bagi ujian 'swab' agar masa secukupnya dapat diberi untuk kakitangan kami menyahjangkit premis ini."



Penyedia jagaan kesihatan Doctor Anywhere pula menyediakan khidmat 'swab' di lapan kliniknya termasuk klinik 24 Jam Intermedical yang dibuka setiap waktu.



CapitaLand juga sedang bekerjasama dengan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) untuk perkenal pusat ujian pantas di enam pusat beli-belah sejauh ini.



Kata HPB kepada The Straits Times: "Lokasi ini mesti mempunyai ruang secukupnya dan harus membenarkan jarak selamat yang sewajarnya dan langkah kawalan jangkitan dilaksanakan. Pada masa yang sama, kita harus mempertimbangkan penyebaran geografi dan akses pada lokasi."



Mereka yang mengunjungi pusat ujian pantas harus membuat janji temu di dalam talian dan membawa foto pengenalan bagi mengesahkan identiti mereka. Mereka perlu membayar $15 bagi setiap ujian.



Tambahan pada lokasi baru ini mengkikut pengumuman Kementerian Kesihatan (MOH) pada 22 Disember bahawa penguatkuasaan lebih tegas tertakluk bagi pengunjung yang memasuki Singapura menerusi Laluan Perjalanan Bagi Orang Yang Divaksinasi (VTL).



MOH mengingatkan semua pengunjung VTL agar mengambil ART masing-masing dan mengirim keputusannya mengikut ketepatan masa. Mereka yang tidak berbuat demikian akan diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) dan akan juga berdepan dengan tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Penyakit Berjangkit.



Pusat ujian pantas juga diperluaskan di luar kawasan kejiranan dengan lebih banyak lokasi dilancarkan di destinasi pelancongan.



Seorang jurucakap Marina Bay Sands memberitahu akhbar The Straits Times bahawa pusatnya yang diurus Doctor Anywhere menyediakan khidmat ujian kepada peserta mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (Mice), tetamu hotel luar negara yang memasuki Singapura menerusi VTL dan orang awam.



Pada 20 Disember, sebuah pusat dibangunkan di Hotel On Havelock milik Copthorne King. Satu lagi pusat dijangka dibuka di M Hotel Singapore di Anson Road pada minggu pertama Januari.



Pensyarah pelancongan kanan di Politeknik Ngee Ann, Dr Michael Chiam, berkata: "Bagi pengunjung VTL, yang terbaik dapat mereka lakukan adalah ujian di hotel masing-masing.



"Namun, jika kosnya menjadi pertimbangan besar, mungkin beberapa hotel boleh berkongsi satu pusat ujian yang tidak jauh agar pengunjung VTL tidak mendapatinya menyukarkan mereka."



Walaupun pengunjung VTL dikirimkan pautan untuk menempah ujian Covid-19 mereka, mungkin membantu jika hotel dan khidmat penerbangan mengingatkan pengunjung antarabangsa mengenai ketetapan ujian di Singapura, jelas Dr Chiam.



"Ini boleh dilakukan menerusi edaran risalah dalam bahasa utama dengan pautan laman web relevan disertakan sekali di tempat-tempat strategik seperti kaunter pendaftaran, bilik hotel dan dalam penerbangan," tambahnya.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >