Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 900 klinik dibuka semasa sambutan Tahun Baru Cina

Jan 26, 2017 | 02:29 PM



LEBIH 900 klinik akan dibuka di serata pulau semasa perayaan Tahun Baru Cina dari Jumaat hingga Isnin (27-30 Jan), menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Khamis (26 Jan).



Kementerian itu menggalakkan orang ramai yang berasa tidak sihat dalam tempoh itu supaya mengunjungi doktor mereka atau klinik 24 jam bagi keadaan yang tidak mengancam nyawa atau serius.



Ia juga menggesa orang ramai supaya mendapatkan rawatan perubatan di jabatan kemalangan dan kecemasan hospital hanya bagi kes kecemasan serius, seperti sakit dada, sesak nafas, dan pendarahan yang tidak terkawal.



Maklumat mengenai keadaan kesihatan lain yang memerlukan kunjungan ke hospital boleh didapati di laman web Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB).



Senarai klinik dan waktu operasi mereka boleh didapat di laman web MOH, direktori institusi penjagaan kesihatan berlesen MOH, Agensi Penjagaan Bersepadu Singapore Silver Pages, laman web Skim Bantu Kesihatan Masyarakat, dan iHealthSg iOS MOH dan aplikasi mudah alih Android.



Kementerian Kesihatan juga mengingatkan orang ramai supaya makan secara sederhana dan terus bersenam secara tetap supaya kekal sihat sepanjang tempoh cuti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >