Lebih 900,000 isi rumah bakal terima rebat S&CC bernilai $132j
Mar 28, 2019 | 05:30 AM
SEKITAR 930,000 keluarga warga Singapura yang tinggal di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menerima rebat Bayaran Perkhidmatan dan Penyenggaraan (S&CC) dari April ini hingga Mac tahun depan.
Dalam kenyataannya semalam, Kementerian Kewangan (MOF) berkata jumlah rebat tahun ini ialah $132 juta.