Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Lebih 920,000 ubat kumur diagih Yayasan Temasek

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Lebih 920,000 ubat kumur diagih Yayasan Temasek

Dec 14, 2021 | 05:30 AM

LEBIH 920,000 botol ubat kumur StayWell telah diagih kepada isi rumah Singapura hingga Ahad lalu, hari terakhir inisiatif agihan itu oleh Yayasan Temasek.

Ini termasuk sekitar 780,000 botol yang dihantar ke peti surat kesemua flat HDB satu hingga empat bilik HDB pada Oktober dan bulan lalu.

Ubat kumur mengandungi povidone-iodine yang membunuh kuman penyebab sakit tekak itu diagih di bawah inisiatif Stay Prepared yayasan tersebut, yang bertujuan mengurangkan penyebaran penyakit.

"Yayasan Temasek berbesar hati dengan respons yang diberikan penduduk Singapura dan berterima kasih kepada rakan kongsinya kerana menyokong agihan ubat kumur ini," kata yayasan itu.

Singapore Post menyokong agihan itu dengan membungkus dan menghantarnya ke flat HDB, menguruskan talian hotline dan menaja kos berkaitan.

SP Group menguruskan talian hotline, manakala Singapore Pools, Constellar, Frasers Property dan City Developments Limited menyediakan tempat dan memudahkan pengambilan sendiri ubat kumur itu.

Ketua Eksekutif Temasek Foundation Cares, Cik Woon Saet Nyoon, berkata: "Pandemik Covid-19, terutama varian baru yang timbul, mengajar kita bahawa kita harus sentiasa bersedia dan berwaspada.

"Ayuh sama-sama kita terus menjaga satu sama lain, amalkan tanggungjawab sosial dan patuhi pemakaian pelitup dan penjarakan sosial serta jaga kebersihan tangan dan mulut."

Yayasan itu turut mengumumkan agihan pelitup seterusnya, iaitu antara 10 dengan 23 Januari 2022.

Pelitup pakai semula percuma itu akan diagih melalui mesin layan diri.

Maklumat lanjut akan diumum bulan depan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3