PARLIMEN
Lebih 95% kes tuntutan berkaitan gaji dapat dihurai melalui MOM dan Mahkamah Buruh
Feb 07, 2017 | 05:30 AM
LEBIH 95 peratus tuntutan berhubung gaji telah dapat dihuraikan menerusi pengantaraan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan penghakiman yang dilakukan Mahkamah Buruh, kata Menteri Tenaga Manusia, Encik Lim Swee Say.
Menjawab soalan di Parlimen semalam, Encik Lim berkata kementeriannya menerima sekitar 9,000 tuntutan berkatian gaji yang melibatkan kira-kira 4,500 majikan tahun lalu.