Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 95,000 majikan terima $1 bilion bayaran Skim Kredit Gaji

Dec 23, 2020 | 05:30 AM



LEBIH daripada 95,000 majikan telah menerima lebih $1 bilion dalam bentuk bayaran di bawah Skim Kredit Gaji (WCS) tahun ini untuk membantu mereka membiayai kenaikan gaji bagi para pekerja mereka yang berkerakyatan Singapura.



Bayaran seterusnya akan dijalankan pada Mac tahun depan, kata Kementerian Kewangan dan Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras) dalam satu kenyataan semalam.



Majikan tidak perlu memohon untuk mendapatkan bayaran WCS.



Mereka yang layak akan diberitahu menjelang akhir bulan Mac mengenai jumlah yang akan diterima.



Bagi melayakkan diri bagi bayaran kelapan itu, majikan perlu menaikkan gaji bulanan kasar bagi pekerja rakyat Singapura mereka sekurang-kurangnya $50 tahun ini atau mengekalkan kenaikan gaji sebelum ini pada sekurang-kurangnya $50 yang diberikan pada tahun 2017, 2018, dan/atau 2019, atau kedua-duanya sekali.



Majikan juga perlu membayar sumbangan wajib Tabung Simpanan Pekerja (CPF) bagi gaji pekerja tahun ini kepada Lembaga CPF menjelang 14 Januari.



Bayaran itu akan dimasukkan secara langsung kepada akaun bank majikan menerusi Korporat PayNow atau Giro.



Iras dan Kementerian Kewangan mengingatkan majikan untuk membuka akaun Korporat PayNow atau mendaftar bagi Giro menjelang akhir bulan Februari, sekiranya mereka masih belum berbuat demikian.



Tahun ini, terdapat dua pusingan bayaran WCS.



Selain daripada bayaran utama pada bulan Mac, majikan menerima bayaran pusingan kedua pada bulan Jun sebagai sebahagian daripada Belanjawan Perpaduan bernilai $6.4 bilion untuk menangani pandemik Covid-19.



Untuk keterangan lanjut mengenai skim itu, majikan boleh melungsuri laman web Iras atau hubungi talian hotline 1800-352-4727.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >