Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 95,000 tonton tiga perlawanan ICC di S'pura

Aug 12, 2018 | 05:30 AM



SEJUMLAH 95,410 penonton telah hadir untuk menonton tiga perlawanan Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) 2018 di Singapura, menurut penganjur kelmarin.



Walaupun bintang terkenal Neymar dan Kylian Mbappe tidak hadir kerana penyertaan mereka dalam Piala Dunia, bintang-bintang bola sepak lain seperti Gianluigi Buffon (Paris Saint-Germain), Mesut Ozil (Arsenal) dan Jan Oblak (Atletico Madrid) yang terlibat dengan kelab masing-masing semasa kejohanan pada 26-30 Julai itu tetap menarik perhatian.



Jurulatih baru Arsenal Unai Emery berkata perjalanan ke Singapura sangat positif kerana beliau telah bersedia untuk musim baru bagi Liga Perdana Inggeris, lapor akhbar The Straits Times.



Beliau menambah: "Kami tahu kami perlu membawa kelab kami ke seluruh dunia dan pertandingan ini adalah untuk kami menghabiskan masa di Singapura bersama-sama penyokong kami, yang menjadi sebahagian syarat yang tertakluk dalam kerja.



"Dengan penginapan di hotel yang disediakan cukup baik, dan dengan semua faktor yang disebutkan, kami rasa sangat gembira dengan pencapaian ini. Minggu ini adalah sangat baik untuk persiapan kami."



Jurulatih PSG Thomas Tuchel, yang menggantikan Emery di kejuaraan Perancis, berkata:



"Ini adalah perjalanan pertama kami bersama pemain dan penyokong, dan kami perlu menyesuaikan diri antara satu sama lain, sekali gus anggota pasukan akan lebih mengenali saya dan saya mengenali mereka.



"Kami memerlukan latihan seperti ini untuk mewujudkan suasana tertentu agar kami menjadi lebih kuat sebagai sebuah pasukan. Ia adalah apa yang saya harapkan.''



Perlawanan kedua pada 28 Julai, yang menyaksikan Arsenal menewaskan PSG 5-1, telah menarik rekod kehadiran 50,308 orang penonton - kehadiran tertinggi sejauh ini di Singapura.



Dalam edisi tahun lalu, yang mengalu-alukan kehadiran Chelsea, Inter Milan dan Bayern Munich, perlawanan-perlawanan yang diatur telah menarik sejumlah 104,407 peminat ke Stadium Negara.



Patrick Murphy, pengerusi dan presiden pertubuhan Catalyst Media Group, berkata:



"Sokongan yang kita lihat semasa Piala Juara-Juara Antarabangsa di Singapura sepanjang minggu lalu oleh kedua-dua kelab dan peminat adalah luar biasa.



"Impak mereka di sini, iaitu menerusi persembahan permainan terbaik dan usaha mereka untuk memberi balik kepada masyarakat, telah menghasilkan respons yang sangat menggalakkan dari peminat."



Jean Ng, pengarah sukan di Lembaga Pelancongan Singapura (STB) pula berkata:



"Sambutan yang menggalakkan dari kedua-dua peminat bola sepak tempatan dan peminat yang datang melawat ke sini untuk menyaksikan Piala Juara-Juara Antarabangsa sangat memuaskan."



ICC akan diadakan lagi di Singapura sehingga 2020 sebagai sebahagian daripada kerjasama empat tahun dengan STB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >