Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak acara, sukan dibenarkan dengan lebih ramai penonton

Nov 16, 2021 | 05:30 AM



LEBIH banyak acara mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (Mice) dan sukan yang mempunyai penonton akan dibenarkan di mana had kapasiti dan peraturan mengikut zon, akan dikurangkan dengan cara yang bertahap-tahap.



Usaha perintis yang bermula semalam, akan memberi lebih banyak ruang bagi aktiviti yang melibatkan mereka yang tidak begitu mudah terdedah dan sudah mendapatkan vaksinasi penuh.



Namun mereka masih perlu lakukan ujian sebagai peraturan tambahan sebelum mengambil bahagian seperti protokol berdasarkan status vaksinasi (VDS) dan ujian pantas antigen (ART).



Keputusan ujian Reaksi Rantaian Polimerase (PCR) atau ART perlu terpapar di aplikasi TraceTogether atau dilakukan atau diselia oleh penganjur acara atau pengendali tempat, sama ada secara fizikal atau dalam talian.



Ini diumumkan Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, yang juga pengerusi bersama Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) semasa satu sidang media berbilang kementerian mengenai Covid-19, semalam.



Usaha perintis telah dimulakan semalam dengan Sidang Asia Institut Milken yang berlangsung dari semalam sehingga hari ini.



Ia juga akan dilaksanakan semasa Forum Ekonomi Baru Bloomberg yang akan dijalankan pada 16 hingga 19 November serta acara Transformasi Industri Asia Pasifik 2021 yang akan berlangsung dari 22 hingga 24 November.



Konsert amal secara langsung selama dua hari oleh penyanyi Singapura, JJ Lin "After the Rain" yang akan berlangsung dari 27 hingga 28 November serta acara seni mempertahankan diri ONE Championship akan turut disertakan dalam usaha ini.



"Hasil usaha perintis ini akan dinilai sebelum memutuskan bagaimana untuk meluaskan protokol bagi lebih banyak acara dan suasana tempat, sebagai sebahagian daripada pelan meluas untuk menyambung semula aktiviti, sedang negara bergerak ke arah menjadi sebuah negara yang berdaya tahan Covid-19," kata kenyataan itu lagi.



Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran pula berkata Singapura sedang berbincang untuk terus menjadi hos kepada perlumbaan Formula One Singapore Grand Prix tahun depan.



Perlumbaan malam, yang dibatalkan akibat pandemik Covid-19 merupakan yang terakhir di bawah lanjutan empat tahun sekarang yang ditandatangani pada 2017.



Sementara itu, mulai 3 Disember sehingga 3,000 pekerja migran yang telah mendapat vaksinasi penuh dan tinggal di dormitori akan dibenar melawat tempat-tempat awam setiap hari.



Ini melibatkan sehingga 21,000 pekerja setiap minggu, naik daripada had sekarang iaitu 3,000 setiap minggu.



Pekerja juga tidak lagi terhad dengan kawasan di Little India atau Geylang Serai sahaja dan akan dibenar ke mana-mana yang mereka mahu, kata Menteri Tenaga Manusia, Encik Tan See Leng.



Mulai pertengahan bulan Disember juga, pekerja akan dibenarkan mengunjungi lapan pusat rekreasi di sini.



Sekatan pada gerakan pekerja migran yang tinggal di dormitori dilonggarkan kali terakhir pada 30 Oktober, apabila pihak berkuasa menaikkan bilangan pekerja divaksinasi yang dibenarkan mengunjungi masyarakat daripada 500 kepada 3,000 seminggu.



Dr Tan berkata skim perintis itu yang membenarkan lawatan masyarakat yang bermula pada September lalu, telah disambut baik para pekerja migran.



Tiada jangkitan juga dikesan di kalangan peserta sejauh ini.



Lebih 98 peratus pekerja migran yang tinggal di dormitori telah mendapat vaksinasi penuh dan daripada mereka yang layak untuk suntikan penggalak, 81 peratus telah melakukannya.




“Pandemik Covid-19 global ini berubah dengan risiko varian serta gelombang jangkitan baru. Untuk itu, kita perlu menjangkakan dan menerima bahawa dasar sempadan akan berubah bergantung kepada situasi. Dengan situasi domestik kita yang berubah, beberapa negara telah menyesuaikan langkah sempadan mereka bagi pelawat dari Singapura. Selaras dengan itu, seperti yang ditekankan sebelum ini, kita juga akan menyemak dan menyesuaikan langkah sempadan kita berdasarkan situasi di negara lain.”
– Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >