Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak aduan pembantu rumah dikerah kerja secara haram sepanjang dua tahun lalu: MOM

Jul 10, 2022 | 12:07 PM



LEBIH banyak aduan tentang pembantu domestik dipaksa bekerja secara haram oleh majikan mereka atau anggota isi rumah dilaporkan sepanjang dua tahun lalu.



Kementerian Tenaga Manusia (MOM) berkata secara purata terdapat 610 aduan kerahan kerja haram setiap tahun dari 2017 hingga 2021. Jumlah ini meningkat daripada 550 kes setahun dari 2017 hingga 2019.



MOM enggan mendedahkan kes tahunan pada 2020 dan 2021. Ia juga enggan mengulas sebab bagi tambahan jumlah tersebut.



Jumlah aduan itu membentuk 0.26 peratus daripada 234,000 majikan di sini.



MOM menambah 77 peratus kes itu dilaporkan oleh pihak ketiga manakala baki 23 peratus aduan pula dilaporkan pembantu domestik itu sendiri.



Dalam tempoh lima tahun yang sama, sekitar 100 majikan diberi amaran setiap tahun manakala lagi 20 majikan diberi penalti kewangan.



MOM berkata apabila ia menerima aduan, ia akan menilai kes itu dan mempertimbang sejauh mana kerahan kerja haram dan sejauh mana kesejahteraan pembantu domestik itu dikompromi.



"Dalam kebanyakan kes ini, pembantu domestik dikerahkan oleh majikan mereka untuk menjaga budak atau ibu bapa berusia senja di rumah anggota keluarganya," kata jurucakap MOM.



"Ini dibenarkan oleh MOM tetapi majikan harus memberitahu MOM setelah mendapatkan persetujuan bertulis pembantu domestik itu.



"Majikan harus juga memastikan pembantu domestik tidak melaksanakan sepenuhnya kerja rumah di kededua isi rumah," katanya lagi.



Pengerusi Pusat bagi Pekerja Domestik (CDE), Encik Yeo Guat Kwang, berkata:



"Setiap kes kerahan haram yang dilaporkan dianggap sudah terlalu banyak dengan CDE kuat mengecam sebarang bentuk kerahan haram pembantu domestik.



"Pembantu domestik tidak harus dikerahkan secara haram, tanpa mengira mereka bersetuju atau tidak pada aturan ini atau menerima wang dorongan untuk berbuat demikian."



Encik Yeo menambah kerahan haram boleh membawa pada kelelahan dan menyebabkan isu kesihatan berkaitan dengan stres dan terlebih kerja.



"Pembantu domestik mungkin tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan bagi menjalankan tugas tersebut dan mungkin akan mencederakan diri mereka kerana pekerjaan itu," jelas Encik Yeo.



Jurucakap Pertubuhan Kemanusiaan bagi Ekonomi Hijrahan (Home) memberitahu akhbar The Straits Times bahawa tambahan kes ini menimbulkan keprihatinan dengan sekitar satu dalam lima pekerja domestik yang menemui pertubuhan itu mengadu tentang diri mereka yang dikerahkan secara haram.



Jurucakap itu menambah Covid-19 mungkin adalah faktor dalam peningkatan kes sambil menambah: "Pandemik ini telah membolehkan kurang pekerja domestik dan pekerja isi rumah lain memasuki Singapura.



"Isi rumah yang tidak dapat menggajikan atau mengekalkan pembantu domestik mungkin terpaksa menggunakan pembantu domestik saudara-mara atau jiran untuk melakukan kerja rumah."



Home berkata penutupan kemudahan sekolah dan jagaan kanak-kanak sewaktu tempoh kemuncaknya pandemik mungkin menyebabkan lebih ramai pembantu domestik membawa kanak-kanak daripada satu isi rumah ke isi rumah lain apabila mereka perlu menyiapkan kerja rumah.



Antara kes kerahan haram yang dilaporkan sebelum ini termasuk perihal Cik Rabiah Baharuddin Abdul yang digajikan untuk melakukan kerja rumah tetapi diminta bekerja secara haram di kedai membakar roti dan kek isteri majikan.



Pada Jun 2019, tangan Cik Rabiah tersendat di dalam mesin pengisar elektrik di kedai itu. Beliau kehilangan semua jari-jemari tangan kanannya.



Majikannya, Affendi B. Husain, didenda $8,700 manakala isterinya, Mastura Abdul Khalil didenda $10,400 dan dipenjara empat minggu.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >