Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak COE dilanjutkan tahun lalu

Feb 28, 2017 | 08:51 AM



SEBANYAK 44,303 sijil hak memiliki kenderaan (COE) dilanjutkan tahun lalu, dengan kereta membentuk sebahagian besar daripadanya.



Data terkini yang dikeluarkan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menunjukkan 29,531 COE kereta, 8,850 COE kenderaan komersial dan 5,922 COE motosikal disambung tahun lepas.



Ini melebihi rekod pada 2007 apabila 33,339 kenderaan - hampir 90 peratus daripadanya adalah kenderaan komersial - dilanjutkan.



Rekod tahun lalu sebahagiannya didorong oleh harga COE yang tinggi, kata Pengurus Besar ejen Nissan Tan Chong Motor, Ron Lim.



"Pemilik kereta menjangka harga COE akan turun, dan menunggu masa," ujarnya.



Perangkaan LTA menunjukkan bahawa lebih tiga suku daripada COE kereta dilanjutkan bagi tempoh lima tahun.



Ia boleh dilanjutkan selama lima atau 10 tahun. Bagi kereta yang dilanjutkan lima tahun, ia tidak boleh dilanjutkan lagi selepas itu. Hanya COE kereta yang dilanjutkan 10 tahun boleh disambung lagi selepas itu.



Pihak Berkuasa Kewangan Singapura melonggarkan sekatan pinjaman kereta pada Mei.



Pemilik melanjutkan COE kereta mereka masa yang lebih lama berbanding sebelum ini. Kini, 44 peratus daripada kereta berusia antara tujuh dengan 10 tahun, berbanding hanya 2 peratus sedekad lalu.



Pengamat menjangka trend itu berterusan. Pengedar kereta mennyatakan model kereta yang layak mendapat rebat kenderaan hijau dan Skim kenderaan berteraskan Pelepasan Karbon sebagai calon utama untuk pengesahan semula.



Encik Norman Lee, Setiausaha Agung Kehormat Persatuan Perdagangan Motosikal Singapura, berkata cukai bertingkat diumumkan baru-baru ini bagi motosikal besar juga akan merangsang COE dilanjutkan.



Motosikal tidak ada rebat sekerap, lantas Encik Lee berkata pemilik motosikal besar mungkin lebih cenderung memperbaharui COE untuk tempoh lebih lama.



Pengguna jalan raya kini lebih terbuka melanjutkan kereta mereka melebihi 10 tahun berbanding sebelum ini.



Pilot Alex Puah, 39 tahun, berkata beliau sedang mempertimbangkan melanjutkan COE bagi kereta Toyota Sienta beliau apabila ia tamat tahun depan.



"Kosnya lebih rendah daripada membeli kereta baru," katanya. "Jika COE jatuh kepada $40,000 atau kurang, saya akan memperbaharuinya."



Katanya kos melanjutkan kenderaan harus rendah kerana perlu biaya lebih tinggi bagi menyenggara kereta melebihi 10 tahun.



"Kon menyenggara, cukai jalan dan insurans akan lebih tinggi," jelasnya.



Pemilik perniagaan Andy Goh, 48 tahun, berharap premium COE komersial akan jatuh tahun ini. "Jika ia berlaku, saya akan membatalkan COE dan mendapatkan yang baru," katanya.



Lebih 13,000 COE kenderaan komersial akan tamat bulan depan.



Encik Lim daripada Tan Chong berkata: "Jika sepertiga dibatalkan, ia akan menyebabkan 4,000 COE dimasukkan semula ke dalam sistem. Bekalan akan bertambah. Menarik melihat apa yang akan terjadi." - ST




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >