Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Lebih banyak dana bagi mualaf di bawah perjanjian baru Muis, Darul Arqam

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Lebih banyak dana bagi mualaf di bawah perjanjian baru Muis, Darul Arqam

Feb 05, 2022 | 05:30 AM

MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) dan Darul Arqam Singapura memeterai satu perjanjian kerjasama bagi membantu saudara baru Islam semalam.

Perjanjian itu adalah bagi tiga tahun, dari tahun ini hingga 2024, menurut satu kenyataan Muis.

Di bawah perjanjian itu, sekitar $1.5 juta akan diberi kepada Darul Arqam untuk membantu golongan mualaf di Singapura.

Dengan kerjasama berterusan itu, mualaf baru boleh berasa lebih yakin akan sokongan kukuh yang disediakan untuk mereka.

Majlis pemeteraian perjanjian itu dihadiri Pengurus Besar Darul Arqam, Cik Norsiah Saad; presiden Darul Arqam, Encik Muhammad Imran Kuna; Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maiden, dan Timbalan Mufti, Ustaz Mohd Murat Md Aris.

Muis melantik Darul Arqam sebagai pusat perkhidmatan bagi mualaf sejak September 2005.

Perkhidmatan itu termasuk pendaftaran mualaf dan program sokongan serta pendidikan.

Darul Arqam akan terus menyediakan perkhidmatan dan bantuan itu hingga Disember 2024.

Persatuan itu akan menerima geran tahunan $505,200 sepanjang tiga tahun itu, berbanding $375,400 dari 2018 hingga 2021.

Dengan geran itu, Darul Arqam akan mempunyai lebih banyak sumber untuk mualaf, termasuk dana dan kempen lain yang Darul Arqam anjurkan.

Ini juga merupakan sebahagian daripada tanggungjawab Muis dan Darul Arqam untuk memastikan golongan mualaf disokong dengan baik, dan kebajikan mereka dijaga.

Di samping geran itu, Muis akan terus menghulurkan bantuan kepada Darul Arqam menerusi projek lain yang dapat menyediakan sokongan lebih menyeluruh bagi menyokong mualaf baru di Singapura.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3