Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Lebih banyak faedah untuk jururawat sektor awam

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Lebih banyak faedah untuk jururawat sektor awam

Aug 06, 2014 | 05:38 PM

DALAM usaha menarik dan mengekalkan lebih ramai jururawat dalam penjagaan kesihatan awam, Kementerian Kesihatan (MOH) telah melancarkan pakej baru untuk mereka.

Ini termasuk lebih banyak kebebasan bagi jururawat kanan, kenaikan gaji yang lumayan, dan peluang yang lebih besar untuk pembangunan kerjaya secara menyeluruh.

Saranan-saranan ini telah dicadangkan oleh Pasukan Petugas Kejururawatan Kebangsaan, dan diterima oleh Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong, semalam.

Pakej-pakej ini akan diberi kepada semua jururawat dalam penjagaan kesihatan awam dan institusi penjagaan pertengahan dan jangka panjang yang disokong MOH.

Jururawat yang mengikuti pelajaran di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) terpaksa mendapatkan purata nilai gred keseluruhan (GPA) 2.8 untuk memohon untuk menjadi jururawat berdaftar sebelum ini.

Syarat ini telah dimansuhkan kerana ramai jururawat dari ITE telah pun menimba pengalaman dalam kerjaya mereka, kata Kementerian Kesihatan semalam.

Jururawat kanan juga akan diberi kebebasan untuk membuat diagnosis atau memerintahkan rawatan tertentu yang sebelum ini perlu diluluskan oleh para doktor.

Kakitangan sokongan seperti pembantu kejururawatan akan melalui latihan kemahiran untuk membenarkan mereka melaksanakan tugas-tugas rutin yang biasanya dijalankan oleh para jururawat seperti mengambil darah pesakit.

Para jururawat juga boleh mendapat kenaikan lebih daripada 20 peratus dalam gaji asas bulanan mereka pada akhir tahun depan.

Semua jururawat akan menerima kenaikan di antara tiga hingga 10 peratus tahun ini, dan peningkatan yang sama pada tahun depan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3