Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan: KEMENTERIAN PEMBANGUNAN NEGARA

Lebih banyak flat diperuntuk bagi pemohon keluarga kali pertama

Skim Keutamaan Keibubapaan rangkumi pemohon yang punyai anak warga S'pura berusia bawah 18 tahun, pasangan suami isteri berumur bawah 40 tahun
Mar 03, 2023 | 05:30 AM



LEBIH banyak flat akan diperuntuk bagi kategori baru pemohon keluarga kali pertama, iaitu mereka yang mempunyai anak warga Singapura berusia 18 tahun dan ke bawah serta pasangan suami isteri berumur 40 tahun dan ke bawah.



Di bawah Skim Keutamaan Keibubapaan (PPS) yang menyokong pemohon pasangan suami isteri kali pertama yang mempunyai anak atau bakal menimang cahaya mata sekarang, hingga 30 peratus bekalan flat Bina Ikut Tempahan (BTO) dan 50 peratus bekalan flat di bawah skim Jualan Baki Flat (SBF) diperuntuk bagi pemohon yang layak.



Semasa berucap di perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) bagi Kementerian Pembangunan Negara (MND) pada Khamis (2 Mac), Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, mengumumkan bahawa skim tersebut akan diperluas untuk turut merangkumi kategori baru pemohon keluarga kali pertama itu yang dikenali sebagai Pembeli Kali Pertama (Ibu Bapa dan Pasangan Suami Isteri).



Oleh itu, PPS akan dinamakan semula sebagai Skim Keutamaan Keluarga dan Keibubapaan (FPPS).



"Dengan lebih banyak keluarga yang layak, kami akan menambah bekalan flat yang diperuntuk buat mereka - hingga 40 peratus bekalan flat BTO dan 60 peratus bekalan flat SBF, bagi semua penjualan di estet matang, bukan matang dan di lokasi utama," ujar Encik Lee.



Dalam perbahasan COS itu, beberapa Anggota Parlimen (AP) termasuk Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang GRC), Cik Foo Mee Har (GRC West Coast) dan Encik Seah Kian Peng (GRC Marine Parade) bertanya bagaimana pemerintah akan mempertingkat peluang mereka mendapatkan flat.



Encik Lee berkata Pembeli Kali Pertama (Ibu Bapa dan Pasangan Suami Isteri) di bawah FPPS juga akan diberi keutamaan pertama jika mereka memohon bagi flat empat bilik atau lebih kecil bagi penjualan BTO di estet bukan matang.



Ini bermakna mereka akan mendapat keutamaan dalam kalangan semua pemohon di bawah FPPS dan mempunyai peluang lebih tinggi untuk ditawar memilih sebuah flat.



Tambahnya, pemohon di bawah kategori Pembeli Kali Pertama (Ibu Bapa dan Pasangan Suami Isteri) juga akan mendapat satu peluang tambahan apabila mereka memohon bagi flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).



Ini bermakna mereka akan mendapat tiga peluang berbanding dua peluang yang diberikan kepada pemohon kali pertama sekarang apabila mereka memohon bagi sebarang flat di estet matang, bukan matang atau di lokasi utama.



Dalam pada itu, Encik Lee turut menarik perhatian usaha meningkatkan bekalan rumah bagi warga Singapura.



Hampir 100,000 rumah dijangka siap antara 2023 dengan 2025 dalam kedua-dua sektor privet dan pasaran awam, ujarnya.



Daripada jumlah itu, hampir 40,000 rumah akan siap tahun ini, jumlah tertinggi dalam tempoh lima tahun lalu, termasuk sebelum Covid-19 pada 2018 dan 2019.



"Bekalan tambahan ini dijangka dapat membantu mengurangkan tekanan dalam pasaran rumah sewa, dengan mereka yang menantikan kunci rumah baru mereka akan berhenti menyewa rumah dan rumah baru pula akan menyediakan bekalan rumah sewa tambahan," ujar Encik Lee sebagai respons kepada Encik Louis Chua (GRC Sengkang) yang bercakap tentang pasaran sewa semasa perbahasan COS itu.



Dalam ucapannya, Encik Lee berkata kategori baru Pembeli Kali Pertama (Ibu Bapa dan Pasangan Suami Isteri) itu dibentuk supaya sokongan yang khusus dapat diberikan kepada keluarga yang ingin mendapatkan rumah pertama mereka dengan cepat dan membina keluarga.



Sekitar 10 peratus daripada semua pemohon keluarga kali pertama akan termasuk dalam kategori baru Pembeli Kali Pertama (Ibu Bapa dan Pasangan Suami Isteri) ini.



Untuk layak, mereka juga tidak boleh pernah memiliki atau menjual sebarang hartanah perumahan, atau pun mendapat peluang menempah flat dalam tempoh lima tahun lalu.




“Dengan lebih banyak keluarga yang layak, kami akan menambah bekalan flat yang diperuntuk buat mereka – hingga 40 peratus bekalan flat BTO dan 60 peratus bekalan flat SBF (skim Jualan Baki Flat) bagi semua penjualan di estet matang, bukan matang dan di lokasi utama.”
– Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >