BAGI meningkatkan kesedaran tentang ancaman pengganas, inisiatif jangkauan SGSecure baru akan diadakan di kondominium dan pusat beli-belah di daerah pinggir bandar tahun ini.
Pemimpin dari akar umbi, msyarakat, pertubuhan keagamaan, perniagaan dan sekolah dari lima kawasan undi akan mengambil bahagian dalam Meja Bundar Gerak Balas Masyarakat untuk bekerjasama bagi persediaan kecemasan, dalam satu projek perintis.
Aplikasi mudah alih myResponder, yang memberitahu pengguna tentang bantuan kecemasan yang diperlukan orang berdekatan, juga akan disepadukan ke dalam aplikasi SGSecure supaya lebih ramai orang boleh mengaksesnya untuk menawarkan pertolongan.
Rancangan bagi tahun ketiga SGSecure - gerakan kesedaran pengganasan kebangsaan - dilakarkan oleh Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri), Cik Sun Xueling, di satu persidangan masyarakat tentang SGSecure di Our Tampines Hub hari ini (26 Jan).