Lebih banyak inisiatif untuk bantu bekas banduan
Amrin: Gerakan Masyarakat bagi Pemulihan Bekas Pesalah akan pertingkat penglibatan masyarakat dalam usaha kurangi bekas pesalah ulangi jenayah
May 13, 2016 | 05:30 AM
MASYARAKAT perlu memainkan peranan lebih penting dalam usaha integrasi bekas banduan.
Lantaran itu, lebih banyak inisiatif akan dilaksanakan Gerakan Masyarakat bagi Pemulihan Bekas Pesalah (Care) untuk memperkasa penglibatan masyarakat dalam proses penyepaduan tersebut.