Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Lebih banyak insentif akan diberi bagi penggunaan kereta elektrik

Feb 11, 2021 | 05:30 AM



LEBIH banyak insentif bagi penggunaan kereta elektrik akan diperkenal pada masa depan sedang penggunaan kenderaan yang menggunakan bahan api bakal dikurangkan secara bertahap.



Sebagai sebahagian daripada Pelan Hijau Singapura 2030 yang diumumkan semalam, pemerintah menyatakan ia akan menyemak semula struktur cukai kenderaan pelbagai lapisan untuk "mempermudah pembelian dan pemilikan" kenderaan elektrik (EV).



Insentif EV ini ditingkatkan bulan lalu ketika rebat yang lebih besar di bawah Skim Menangani Pengeluaran Asap Kenderaan serta Insentif Penggunaan Awal Kenderaan Elektrik dimulakan.



Dengan ini, pembeli kereta elektrik dapat menerima pembebasan cukai sebanyak $45,000.



Formula cukai jalan raya juga telah dikaji semula untuk mengurangkan beban pemilik kenderaan elektrik.



Pemerintah mengumumkan lagi semua kereta yang didaftarkan mulai tahun 2030 perlu merupakan "jenis kereta yang menggunakan tenaga bersih", namun tidak menetapkan ciri-cirinya dengan lebih lanjut.



Ia juga akan menggandakan jumlah rangkaian pengecasan EV yang disasarkan daripada 28,000 kepada hingga 60,000 pada 2030.



Matlamat bagi pengangkutan awam di bawah Pelan Hijau ini adalah penekanan rancangan yang telah ditetapkan beberapa tahun lalu.



Ini termasuk secara beransur-ansur menukar semua bas kepada jenis yang hanya menggunakan tenaga bersih dan memperluas rangkaian kereta api menjadi 360km menjelang 2030-an daripada sekitar 230km hari ini.



Matlamat Singapura adalah untuk mengisi tiga perempat masa sibuk pada waktu pagi dengan perjalanan menggunakan bas dan kereta api.



Untuk tujuan ini, pusat bandar bebas kereta juga sedang dibangunkan, yang pertama adalah di Tengah.



Untuk lebih mendorong lebih ramai orang berjalan kaki dan berbasikal, rangkaian berbasikal di Singapura akan ditingkatkan tiga kali ganda kepada 1,320 kilometer pada tahun 2030, dan jalan raya akan diubah untuk penggunaan mobiliti aktif.



Pengarah eksekutif Persatuan Tenaga Bersih Asia, Encik Clarence Woo, berkata:



"Secara peribadi saya sangat gembira dengan fokus pada kenderaan yang menggunakan tenaga bersih kerana itu pasti akan mengurangkan tahap pencemaran di jalan raya Singapura."



Namun begitu, beliau mengingatkan bahawa penduduk Singapura tidak sepatutnya hanya fokus pada kenderaan elektrik.



Memperoleh kenderaan yang menggunakan tenaga bersih "memerlukan analisis kitaran hidup yang menyeluruh ... (tetapi) banyak pemerintah cenderung menyarankan pendekatan yang dipermudah tanpa melakukan tinjauan ini kerana EV adalah dasar pengangkutan hijau yang berguna."



Pelan Hijau ini diterajui oleh Kementerian Pendidikan, Kementerian Pembangunan Negara, Kementerian Kemampanan dan Sekitaran, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >