Subuh
5:30
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

BERITA

Lebih banyak isi rumah kitar semula pada 2023 berbanding 2021: NEA

 72% isi rumah kitar semula pada 2023, meningkat daripada 64% pada 2021
Sep 14, 2023 | 04:55 PM



Lebih banyak isi rumah kini mengitar semula, menurut satu tinjauan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), yang mendapati 72 peratus isi rumah mengitar semula pada 2023, meningkat daripada 64 peratus pada 2021.

Tinjauan terhadap 2,180 responden, yang dijalankan dari April hingga Jun 2023, juga mendapati lebih ramai responden mengetahui mengenai barang-barang yang boleh dimasukkan ke dalam tong kitar semula dan pelongsor kitar semula.

Sekitar 89 peratus responden mengetahui botol syampu atau botol cecair pencuci yang telah dibilas boleh dikitar semula, berbanding 71 peratus pada 2021.

Namun, bagi filem plastik, yang baru diperkenalkan dalam tinjauan 2023, hanya 34 peratus responden tahu bahawa jenis bungkusan fleksibel ini boleh dikitar semula.

Berbanding 2021, terdapat tahap kesedaran yang merosot bahawa bahagian buah atau sayur yang tidak diingini, bekas makanan plastik yang kotor dan alat elektronik kecil, tidak boleh dimasukkan dalam tong kitar semula atau pelongsor kitar semula.

Pada 2023, 89 peratus mengetahui bahagian buah atau sayur yang tidak diingini tidak boleh dikitar semula, turun 2 peratusan mata berbanding 91 peratus pada 2021. Berkenaan bekas makanan plastik kotor dan alat elektronik kecil, masing-masing adalah 74 peratus dan 53 peratus, berbanding 79 peratus dan 55 peratus pada 2021.

Apabila sesuatu yang tidak boleh dikitar semula – seperti sisa makanan atau cecair – dibuang dalam tong atau pelongsor kitar semula, ia akan mencemarkan barang kitar semula, yang kemudiannya terpaksa dibuang, dibakar dan dilupuskan.

Sementara itu, Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, telah merasmikan acara ‘Amazing Race’ bagi pemimpin belia di pelancaran Program Pemimpin Belia bagi Kemampanan Persekitaran (YES) NEA.

Dalam satu catatan Facebooknya, Cik Fu berkata ini adalah tambahan terbaru kepada Pergerakan YES NEA, yang memudahkan perkongsian pengetahuan dan sumber, rangkaian kenalan dan membolehkan lebih ramai belia melaksanakan idea mereka.

Program YES akan menambahkan pengetahuan belia tentang pengurusan alam sekitar dalam konteks Singapura dan membantu mereka membangunkan kemahiran mendekati masyarakat dan menerajui projek kemampanan di kampus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >