Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak kematian Covid-19 tetapi kadar jangkitan berkurangan

May 25, 2023 | 08:42 PM



SEKITAR 54 orang meninggal dunia akibat Covid-19 pada April, dalam gelombang jangkitan terkini yang mendorong bilangan jangkitan melebihi 28,000 kes dalam seminggu pada akhir Mac.

Jumlah kematian pada April pula adalah lebih daripada 30 kematian pada suku pertama 2023, berdasarkan data Kementerian Kesihatan (MOH).

Profesor Madya Hsu Li Yang, pakar penyakit berjangkit di Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock, Universiti Nasional Singapura (NUS), memberi amaran bahawa jumlah kematian pada Mei mungkin lebih tinggi.

Katanya: “Jumlah kes telah meningkat secara mendadak, terutama dalam kalangan kumpulan berusia lebih 60 tahun. Kematian yang dilaporkan juga sebahagian besarnya dalam kumpulan ini.”

Daripada 84 kematian Covid-19 antara Januari dengan April, 81 kes melibatkan orang yang berumur 60 tahun ke atas. Mereka secara amnya meliputi lebih 80 peratus dalam kalangan mereka yang dimasukkan ke hospital.

Sementara minggu 14 Mei menunjukkan kemerosotan kes jangkitan Covid-19 serta bilangan orang yang perlu dimasukkan ke hospital, angka itu masih agak tinggi.

Terdapat 20,767 jangkitan dicatat minggu itu, berbanding 23,531 kes pada minggu sebelumnya. Sejumlah 379 pesakit telah dimasukkan ke hospital. Jumlah ini turun daripada 552 kes pada minggu sebelumnya.

Lantaran itu, pesakit Covid-19 mengisi purata harian sebanyak 263 katil hospital pada minggu 14 Mei, berbanding 336.4 pada minggu sebelumnya, yang merupakan jumlah tertinggi dicatat pesakit Covid-19 pada 2023.

Bilangan pesakit yang dimasukkan setiap minggu ke unit rawatan rapi kekal dalam dua digit sejak lima minggu lalu. Minggu lalu, 16 orang dimasukkan ke unit rawatan rapi.

Profesor Hsu berkata jumlah kematian yang dicatat didapati ketinggalan daripada jumlah jangkitan dan pesakit dalam rawatan rapi.

Rakan sekerjanya, Profesor Madya Alex Cook, berkata 54 kematian bukanlah “banyak” berbanding tempoh prapandemik apabila Singapura mempunyai kira-kira dua kematian akibat selesema dalam masa sehari.

Selain itu, pada kemuncak wabak pada 2021, terdapat beberapa bulan di mana hampir 300 kematian dicatat.

Profesor Cook menambah: “Namun, mudah-mudahan pandemik itu telah mengubah sikap kita untuk melindungi diri kita daripada penyakit berjangkit.

“Cara terbaik untuk melindungi orang yang kita sayangi daripada menjadi salah satu kes kematian Covid-19 adalah dengan menggalakkan mereka untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai vaksin Covid-19 dan selesema mereka, terutamanya jika mereka mudah terdedah dengan jangkitan.”

Awal minggu ini, Jawatankuasa Pakar Vaksinasi Covid-19 menyatakan dengan kebimbangan bahawa mereka yang dimasukkan ke hospital kerana Covid-19 “kemungkinan besar tidak mengikuti perkembangan terkini tentang vaksinasi Covid-19 mereka dan belum menerima dos vaksin bivalen, sementara jumlah yang besar belum melengkapkan vaksinasi mereka walaupun untuk perlindungan minimum.”

Jawatankuasa pakar ini menambah: “Kemasukan ke hospital ini mungkin berpotensi dielakkan dengan vaksinasi.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >