Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak kes tipu guna helah seseorang diculik

Oct 12, 2015 | 11:30 AM



KES cuba menipu menggunakan helah melalui telefon bahawa seseorang telah diculik berganda tahun lalu daripada tahun sebelumnya.


Polis menerima 422 laporan percubaan penipuan seperti itu tahun lepas - 40 daripadanya berjaya, berbanding 13 daripada 178 percubaan yang dilaporkan pada 2013.


Penipuan itu biasanya melibatkan mangsa mendapat panggilan telefon daripada seseorang yang berpura-pura menjadi saudara mereka dalam kesusahan.


Seorang 'penculik' kemudian mengambil telefon itu dan menuntut mangsa membayar wang tebusan, biasanya ke akaun bank di luar negara.


Pada separuh pertama tahun ini, 241 percubaan penipuan itu dilaporkan, bertambah daripada 216 pada tempoh sama tahun lalu.


Daripada jumlah itu, 22 mangsa ditipu sejumlah $98,100, tidak banyak berbeza daripada $113,700 yang ditipu dalam 40 kes tahun lepas.


Jumlah tertinggi yang diserahkan kepada si penipu dalam satu kejadian tahun lepas ialah $45,000 pada Januari.


Akhbar The Straits Times melaporkan pada Isnin (12 Okt) jurucakap polis menasihatkan orang ramai supaya jangan memindahkan wang kepada pemanggil, dan menghubungi orang yang yang dikatakan telah idiculik untuk mengesahkan keselamatannya.


Mereka juga harus melaporkan kes itu kepada polis dengan segera.


"Untuk mengelak menjadi mangsa penipuan ini, bertenang dan bertanya kepada pemanggil untuk mengenal pasti orang yang didakwanya telah diculik," ujar jurucakap polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >