Subuh
5:31
Syuruk
6:55
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:58
Isyak
8:12
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak keterangan mengenai Omicron perlu untuk putuskan jika peraturan Covid-19 S'pura harus diubah

Nov 27, 2021 | 07:41 PM



VARIAN baru koronavirus Omicron telah membuatkan seisi dunia dalam keadaan sangat berjaga-jaga kini. Namun, dua pakar yang dihubungi akhbar The Straits Times pada Sabtu (27 November) berkata lebih banyak maklumat diperlukan bagi mengenal pasti jika protokol pandemik yang ada kini harus diubah.



Sebagai contoh, tidak begitu jelas jika vaksin yang ada kini boleh melindungi individu daripada jatuh sakit jika dijangkiti varian Omicron, kata Profesor Teo Yik Ying, dekan di Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock, Universiti Nasional Singapura.



Perkara lain yang harus dipantau adalah secepat mana varian baru ini menular dan sama ada mereka yang dijangkiti akan menderita dengan Covid-19 yang lebih teruk.



Kata Profesor Teo: "Jika varian ini menambah keupayaan menjangkiti tetapi tidak menambah risiko penyakit dan kematian di luar apa yang sudah diperhatikan dalam varian Delta, tentunya impaknya terhadap sistem jagaan kesihatan tidak begitu besar jika negara berkenaan berupaya memastikan pengambilan vaksinasi dan suntikan penggalak vaksin yang lebih tinggi."



Namun, beliau menarik perhatian jika terdapat bukti nyata bahawa Omicron menambah risiko jangkitan dan kematian malah buat individu yang lengkap divaksin, negara-negara dunia kelak perlu menyemak relevan atau tidak strategi Covid-19 dalam tempoh endemik ini.



"Buat masa ini, masih terlalu awal untuk menentukan sama ada pandangannya kelak pesimistik atau optimistik," jelasnya.



Naib Dekan Kesihatan Global dan Ketua Program Penyakit Berjangkit di Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock, Profesor Hsu Li Yang, berkata senario kes paling teruk adalah varian Omicron lebih mudah menjangkiti daripada varian Delta dan ia juga boleh sepenuhnya melenyapkan respons imun yang tercetus daripada jangkitan atau vaksinasi sebelum ini.



Jika ini berlaku, Singapura perlu mengetepikan pendekatannya dalam merawat Covid-19 sebagai penyakit endemik hingga vaksin baru boleh diperolehi.



Profesor Hsu menambah: "Namun, saya merasakan senario ini tidak mungkin berlaku memandangkan ia bukannya virus baru secara menyeluruh."



Varian baru ini mula dikesan di Gauteng, wilayah Afrika Selatan, pada Khamis (25 November).



Ia disahkan sebagai varian yang menimbulkan keprihatinan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat (26 November) kerana bilangan mutasi yang banyak dikesan dalam protein pepaku yang mungkin menyebabkan risiko jangkitan semula bertambah dalam kalangan kesan negatif lain. Protein pepaku ini adalah apa yang koronavirus gunakan untuk mula menjangkiti sel manusia.



Ia adalah varian kelima yang menimbulkan keprihatinan yang wujud sejak pandemik mula menggugat dunia hampir dua tahun lalu. Varian Delta pula disahkan varian pencetus keprihatinan pada 2021.



Bagi mengekang jangkitan Omicron, negara merata dunia telah bergerak pantas untuk menghentikan jangkitan global varian ini dengan menghentikan penerbangan dari banyak negara dalam benua itu.



Pada Jumaat, Kementerian Kesihatan Singapura mengumumkan semua penumpang pesawat dengan sejarah perjalanan terkini ke tujuh negara Afrika termasuk Afrika Selatan, Namibia dan Zimbabwe, tidak dibenarkan masuk ke Singapura mulai 11.59 malam pada Sabtu (27 November).



Pada hari yang sama, Singapura juga mengumumkan enam skim perjalanan bebas kuarantin baru dengan negara seperti Thailand, Kemboja dan Sri Lanka, yang akan bermula bulan depan.



Menjelang hujung Disember, Singapura akan mempunyai 27 Laluan Perjalanan Individu Yang Divaksin (VTL). Daripada sejumlah 27 negara yang mempunyai VTL dengan Singapura, hanya Belanda sahaja yang mengesan varian Omicron.



Ditanya jika varian ini akan menjejas VTL, Profesor Teo berkata ia bergantung pada faktor seperti tempoh inkubasi virus - yang merujuk pada bilangan hari antara bila seseorang itu dijangkiti dan bila tanda jangkitan mula kelihatan dengan berapa lama tempoh paling mudah menjangkiti.



"Ini akan membantu menentukan sama ada ketetapan ujian yang sedia ada bagi pengunjung dalam VTL berkenaan akan membawa pada kadar pembocoran yang lebih tinggi," jelasnya.



Protokol sempadan yang sedia ada telah mengekalkan pembocoran ini - merujuk pada bilangan pengembara yang dijangkiti dengan Covid-19 - pada satu yang dijangkiti dalam setiap seribu pengunjung, jelasnya.



Kedua-dua pakar berkata sekatan sempadan khusus pada sesebuah negara hanya akan melambatkan kedatangan varian ke Singapura.



"Lebih berkemungkinan varian Omicron ini sudah sedia ada dan tersebar ke negara bukan Afrika lain yang mempunyai kaitan penerbangan langsung dengan Afrika dan Singapura," jelas Profesor Hsu.



Beliau menambah dalam satu kes jangkitan Omicron di Belgium, pesakit tidak menjejaki Afrika Selatan atau enam negara lain yang disenaraikan dalam senarai sekatan kembara baru.



"Justeru, kecuali situasi berubah, kita kemungkinan akan mempunyai individu yang dijangkiti varian baru ini di sini dalam masa berminggu lagi sahaja," katanya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >