Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BAHAS BELANJAWAN: KEMENTERIAN PERTAHANAN

Lebih banyak ketidaktentuan, risiko keselamatan pasca-Covid: Eng Hen

Mar 02, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA akan menghadapi lebih banyak ketidaktentuan dan risiko dalam sekitaran keselamatan dalam dunia pasca-Covid-19, kata Menteri Pertahanan Ng Eng Hen semalam.



Pandemik ini telah menguji daya tahan sistem global sedia ada, dan banyak komponen dalam sistem ini akan terjejas, katanya.



Dr Ng memberi contoh persaingan antara Amerika Syarikat dan China, yang sudah pun terjejas sebelum Covid-19, dan semakin sengit menyusuli Covid-19.



"Daripada kerjasama global (yang meningkat), landskap geopolitik sebaliknya menjadi lebih berpecah-belah," kata Dr Ng.



Beliau berkata demikian semasa bahas belanjawan bagi Kementerian Pertahanan (Mindef) di Parlimen semalam, yang melihat beberapa AP seperti Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar), Encik Abdul Samad Abdul Wahab (Anggota Parlimen Dilantik) dan Encik Shawn Huang (GRC Jurong) yang bertanya mengenai kesediaan Singapura bagi sekitaran keselamatan selepas pandemik.



Dalam jawapannya, Dr Ng memberi contoh perbezaan penggunaan vaksin di seluruh negara, yang menunjukkan perpecahan dalam masyarakat global.



Perpecahan ini juga boleh berlaku dari segi teknologi, pembiayaan hutang, rantai bekalan dan pembelian senjata dan peralatan pertahanan.



Selain itu, persaingan antara Amerika dan China akan mengalihkan tumpuan ke rantau ini, dari segi pertahanan dan keselamatan, termasuk peralihan aset.



Perbelanjaan tentera di Asia juga telah melebihi perbelanjaan Eropah pada sedekad lalu, dan kini 40 peratus lebih tinggi berbanding perbelanjaan tentera di Eropah.



"Apakah maknanya bagi Singapura? Ketidaktentuan dan risiko yang lebih tinggi," ujarnya.



Oleh itu, respons Mindef kepada sekitaran ini adalah untuk kekal menjadi rakan kepada semua pihak.



Negara ini terus bekerjasama dengan rakan sehaluan untuk memupuk sekitaran keselamatan yang inklusif bagi negara besar atau kecil, yang mana pertikaian dihuraikan secara aman.



Singapura juga menggalakkan negara untuk berdialog, bekerjasama dan menghormati aturan antarabangsa berdasarkan peraturan, ujar Dr Ng.



Hal ini pada hakikatnya bagaimanapun sukar untuk dilaksana, katanya lagi.



"Bagi suara Singapura untuk didengari di tengah-tengah kekacauan ini, kami perlu berguna kepada suara yang lebih kuat, khususnya apabila pertegangan meningkat," ujar Dr Ng.



Singapura mempunyai beberapa aturan dua hala dan berbilang hala dari segi pertahanan, termasuk dengan Australia, India dan Thailand serta rakan lain di rantau ini.



Selain itu, Singapura terlibat dalam Dialog Shangri-La yang tahun lalu terpaksa dibatalkan kerana Covid-19, tetapi dijangka diteruskan secara fizikal tahun ini, kecuali ada situasi yang tidak mengizinkan, kata Dr Ng.



"Penglibatan ini semua bukan sahaja baik untuk kita adakan, bahkan penting untuk melindungi kepentingan kita. Mindef dan SAF akan menggiatkan usaha, sedang pertikaian meningkat," ujar Dr Ng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >